Monday, August 20, 2012

Marketing Executive.

Kringggggg!!!!! Jam lonceng berbunyi menandakan 6.00am. Izat bangun utk mempersiapkan diri pergi kerja. Selapas bersubuh, bersarapan dan hantar adik2 pergi sekolah, baru Izat pergi kerja. Mcm biasa jam 7.30am  Izat mula gerak dr rumah. Perjalanan sejauh 23km mengambil masa 35minit. Dlm perjalanan menuju tempat kerja, mcm biasa Izat akn berangan. Memang menjadi hobi dia semula jadi, bwk moto sambil berangan. Tp Izat bkn berangan Mat Jenin. Berangan Izat ada matlamat, visi, misi, wawasan. Mcm2 Izat fikirkan dlm kepala otak dia. Kerjaya, duit, isteri rumah, kereta. Memang lumrah manusia seusia Izat yg baru nk mulakan hidup akn berfikir seperti itu. Cuma bezanya, tempat dan waktu. Mungkin org lain, berfikir seperti itu pada waktu sebelum tido, atau masa dlm 'bilik termenung' etc.


Jam 8.05 minit Izat sampai opis. Ya.. akhirnya Izat smp opis. Berdiri tegak di depan opis, sambil berfikir apa  nk buat pg ni before keluar (berangan lg). Lps menanggalkan helmet dikepala dan sweater dibadan, Izat bergegas masuk ke dlm opis utk sign in. Jam ditangan menunjukkan jam 8.10am. Bermakna dh 5minit Izat berangan dpn bangunan opis.

"Bro awal sampai. Cpt bro dh 8 lbh ni."
"Mane awal, biasa la aku smp time mcm ni. Ko la, dtg awal. Kalo tak, 8.25 baru terpacak dpn opis..haha.."

Mcm tu la gelagat bdk2 opis Izat yg sentiasa ramah dan kelakar. Lps bacaan doa yg diketuai oleh Sudin, masing2 menuju ke meja. Izat dan bdk2 marketing yg lain menuju ke meja kami yg berada di tingkat atas. Smp shj kt tmpt meja Izat, Izat amek buku note dan menuju ke meja Shahrul. Cz meja Shahrul shj yg ada p.c utk marketing departmnt. Lps suiz on, Izat terus shj mencari ikon ICBA utk bukak WAPS nk check status customer dia. Nnt senangla if ada customer call dia nk tny psl status loan mereka. Sedang leka Izat check status customer dia, tiba2 h.p dia berdering.

"Assalamualaikum En Izat."
"Waalakummussala. Ya kak ada apa2 yg boleh sy bantu."
"Nk tny ni, cmne status loan akak, Dh seminggu ni."
"Alhamdullah kak, loan dh approve. So lps ni akak akan terima sms dr opis HQ kami. Dlm msg tu nnt HQ kami tny, akak nk terima loan atau tidak. Jd nnt akak reply YA utk terima loan tu. Lps tu nnt HQ kami akan bank in duit loan akak dlm akaun bank akak"
"Owh mcm tu. So lg berapa hri nk terima sms tu?"
"Lebih kurang 2,3 hri lg dr sekarang kak."
"Owh. Ok Izat terima kasih."
"Sama2 kak. Nnt kalo ada apa2 masalah psl loan akak, Izat call akak utk inform. Ok kak assalamualaikum."

Mcm tu la kerenah customer Izat. Seboleh mana, sesibuk mana pn Izat akn lyn customer dia dgn baik. Bg Izat customer is 1st. Lps check status loan customer Izat, Izat pergi ke meja dia utk bukak file customer. Ada la 3 files customer yg perlu di-settlekan. Selang 1 jam kemudian kerja Izat selesai. Huh...Izat mengeluh. Bln ni dia sangap. Cz tak bnyk kes. Td lps check status customer dia,  Izat sempat kira submission utk bln ni. Baru RM630k. Lg RM370k Izat perlu cari utk dptkan komisyen bln ni. Ahhh pening ni. Hri ni dh 12hb. Last submisson utk bln ni 15hb. Ada lg 3 hri. Mana sempat. Mati bln ni. Kene tiow dgn bos masa monthly meeteing region. Izat membelek2 buku note dia. Jam 1ptg dia ada appoinmnt dgn customer kt UTM. Customer nk apply rm200k. Dlm kepala dia mula berkira-kira. Bln ni memang tak achive budget 1million. That mean dh 2bln selepas last Izat buat RM3.8million. Kalo dikira dgn mendalam sejak dia joint company ni, baru 2 kali dia lps budget 1million. 1st masa bln March hri tu. Izat buat Rm1.7million. Itu pn lps 3 bln Izat joint company ni. April and May Izat tak achive. June Izat achive. 2nd time Izat achive. July n August tak achive. If next month tak achive jugak, Izat hantar surat tender 1bln. Now....Izat nekad. Customer UTM ni, dia nk hantar kt agent. Dpt la komisyen Rm2k. If kantoi pn, tak apa. Dia nk tender. So nk tunggu jam 1ptg, Izat plan nk tebar flyers sekitar sekolah and balai polis around Tmn Perling.


Lps habis berfikir and ber-plan, Izat turun menuju ke moto dia. Start enjin moto dan mula bergerak menuju Tmn Perling. Seperti yg dirancang td. Jam 1ptg Izat dh berada di-opis customer dia. Selepas explane product features base on quotation yg dia buat and bg borang semua pd customer dia, Izat keluar dr opis customer. Jam menunjukkan 2.30ptg. Alang2 kt UTM ni, Izat pergi la ke setiap bilik pensyarah utk letak flyers dia di bawah pintu bilik. Mudah-mudahan ada la rezeki di situ nnt. Hampir 1 jam dia tebar flyers, bdn pn dh letih. Izat menuju ke cafe berhampiran utk meneguk air. Dgn harapan masa dia meneguk air nnt ada la customer call dia tny utk buat loan. Tp harapan tinggal harapan. Langsung tak ada feedback. Tak ada rezeki. Jam ditangan menunjukkan 4ptg. Izat melangkah menuju ke moto dia, start enjin dan balik ke opis. Smp opis jam 4.30ptg. Bual2 dgn kawan, bergosip, gelak ketawa semua. Sedar tak sedar dh jam 5.30ptg. Solat asar then sign out utk pulang. Home sweet home................................................................................................


P/S : Mcm tu la kerja as Marketing Executive di sebuah bank (taknak sebut nama bank). Buzy bila bnyk customer, appoinmnt customer, bnyk bukak file loan. If tak, kerja just tebar dan tebar dan tebar flyers smp 1 bundling flyers abis. Kalo ada rezeki, ada lah customer, if tak ada rezeki diam je la. Cukup masa, if rezeki tak sampai even dh buat marketing activity, apa lg notis berhenti kerja 1 bln. Mungkin rezeki ANDA berada di tempat lain, berusahalah selagi berdaya utk mencari rezeki.

No comments: