Dh lapan hari Jiman tanam EPAL di kebun milik keluarga dia. Kebunnya tak jauh
pun. Belakang rumah shj. Biasa la, baru lapan hari, mst belum keluarkan hasil.
Insya-allah lg beberapa hari, mungkin beberapa minggu dan mungkin beberapa
bulan baru mendatangkan hasil. Yg penting perlu ada usaha atau org putih
panggil effort. Dan tak lupa jugak tugas kita sebagai 'pelakon' di muka bumi
ini yg mana wataknya boleh ditamatkan begitu shj. Perlu ikut arahan 'pengarah'
kita. Solat lima waktu, baca Quran. Jgn lupa jgk 'saham' kita masa kita 'tua'.
Perlu perbanyakkan 'saham'.
Dh lapan hari tanam EPAL, bermakna dh lapan hari Jiman gantung tagged-nya
di locker shj. Bkn tak nak pakai, tapi tak ada keperluan pn bila pakai. Kalau
dulu memang betul ianya suatu keperluan. Perlu pakai ke mana shj pergi.
Bila pakai, melambangkan Jiman sygkan syarikatnya, menjual nama syarikatnya
dimata customer. Bila pakai, customer akan merasa yakin dgn product yg Jiman
jual. Itu la fungsi sekeping tagged.
Tp itu dulu, semasa tugas Jiman sebagai Marketing Executive. Sekarang, hanya
tinggal sejarah. Berbalik semula cerita Jiman tanam EPAL. Setiap pagi bermula
cerita baru dlm kehidupan Jiman. Tak seperti dahulu, bangun pagi, manda, solat,
dan terus pergi kerja. Tapi sekarang, cerita pagimya berlainan. Sebelum tidur,
Jiman perlu merangka aktivitinya utk sepanjang satu hari, bermula pagi smp ke
petang. Kehidupan pagi bukan sekadar tgk EPAL di belakang rumah, malah
lebih dari itu. Selapas mengenangkan nasib EPALnya, Jiman terus bersiap.
Cukuplah hanya kemeja berjalur lengan panjang dan seluar sleck. Jiman segera
ke mejanya, mengambil beberapa document yg rasanya penting dan tidak
ketinggalan beberapa helai flyers. Cukup lah utk diedarkan ke beberapa tempat
yg Jiman rasa perlu. Pagi tu Jiman ada beberapa 'appoinment' dgn H.R
kilang. Kemudian Jiman akan singgah ke beberapa tempat yg dirasakan perlu
untuk edarkan flyersnya. Kadang2 tak habis pun flyers tu, ada panggilan phone
dr customer. Biasa la call nk jumpa Jiman. Sepeti yg dijanjikan menerusi panggilan
telefon, Jiman pn pergi ke tempat tersebut. Begitulah cerita Jiman pd suatu pg.
Kalau tak ada 'appoinment' dgn pihak H.R kilang, Jiman akan singgah jgk kilang
utk 'berbual' dgn guard atau receptionist kilang. Dh rasa penat dan dahaga, Jiman
pergi ke restoran mamak utk beli air. Dapatlah wifi free. Sambil hilangkan dahaga
ditekak, dpt lah Jiman tehu pasal isu2 semasa. Lps tu Jiman akan pergi ke masjid
berhampiran utk tunaikan Zohor. Jd lepas menunaikan Zohor dpt lah Jiman
lelapkan mata setengah jam. Kemudian, Jiman akan edarkan flyers2 dia smp lah
waktu ke angka 5.
Begitulah ironinya kehidupan Jiman sebagai penanam EPAL,,,
p/s: 'WATAK' SETIAP 'PELAKON' BERBEZA. BERGANTUNG PADA
'SCRIPT' YG DPT DR 'DIRECTOR'. SEBAGAI 'PELAKON' KITA PERLU IKUT.
DAN KADANG2 PERLU JUGAK UTK MENGUBAH 'SCRIPT' TERSEBUT
SUPAYA MENDAPAT MUTU 'LAKONAN' YG LG BAIK DAN DIBERKATI.
SESUNGGUHNYA 'SCRIPT' YG KITA DPT, SEMENAGNYA SUDAH ADA DI
LUHZULMAFFUZ. JD KEPADA YG DI LUAR SANA JGN MENCACI MANUSIA
YG DPT 'WATAK' LG TERUK DARI ANDA. BERSYUKURLAH KERANA ANDA
TIDAK DIBERIKAN 'WATAK' SEDEMIKIAN RUPA...
No comments:
Post a Comment