Pendapat@perasaan yg ingin diluahkan tanpa sempadan dan segan silu...
Sunday, February 17, 2013
Teringat-lah pulak,,
Ptg Ahad hanya melepak@duduk2 shj kt rumah. Nak keluar malas, pikirkan
semalam dah kuar. Rasanya semalam hampir seratus jugak duit habis. Huh...duit
macam air bila keluar. Dh la bulan ni tak ada customer. Ada customer pn, masih
pending document itu dan ini. Makan basic je la bulan ni. Buka nak mengeluh atau
apa, tapi hanya ingin meluahkan perasaan.
Biasanya petang kalau tak keluar, akan tidur sekejap. Biasanya layan lah jugak
satu, dua jam. Ambil kesempatan time cuti kan. Tp, ptg ni mata nakal, tak mahu
tidur. Jadi duduk lah depan t.v. Tekan2 channel utk tgk siaran mana yg best,
and lastly pilih channel Prima, coz tgk tajuk pn cm layan jugak. Tajuknya Cik
Paris Diva Kampung. Lakonan Liyana Jasmine, Elfira and ramai lagi. View
pengambaran conferm la kt kampung. Tepi pantai, ada pokok kelapa yg tinggi2.
Sebiji mcm area Pantai Timur, tp tak sure la betul atau tak. Jadi teringat lah
masa zaman belajar dulu kt UMT. Mana yg pernah belajar atau sampai ke
Terengganu mesti tahu view di sana mcm mana. Dan UMT terletak di kawasan
persisiran pantai, ada aktiviti pantai utk komuniti di kawasan itu. Then masa shoot
cerita itu, memang waktu petang. Area 3-5 ptg . On the sport teringat apa yg buat
pada waktu2 mcm itu masa belajar. Biasanya masa weekend (Jumaat dan Sabtu)
waktu mcm itu, akan berada di rumah shj. Kalau bosan pn, lepas Asar akn keluar
jln2 naik moto pusing2 kawasan kampung, duduk2 tepi pantai tgk ombak, main air
di gigi air, sambil bual2 @ merapu. Nk lg best, sambil makan kopok lekor. Memang
terbaikkkk la.
p/s: sesungguhnya zaman belajar adalah zaman paling best. Tak lama pn. 5 tahun
shj. Tapi dalam 5 tahun itu, sangat bermakna, mcm2 cerita ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment