Sunday, March 31, 2013

Bernafas.


Manusia sentiasa bernafas. Sedut oksigen keluarkan karbon dioksida. Tapi

pernahkah kita terfikir, apa kebaikan yg kita lakukan di muka bumi ini hasil

daripada kita bernafas setiap detik?


Adakah kita melakukan dosa atau pahala dari setiap udara yg kita sedut?


Kalau Allah tu jahat, Allah tak bagi kepada manusia yg buat dosa  sedut udara

yg Allah cipta. Biar mati manusia itu. Tapi Allah baik, dia bagi peluang dan ruang

kepada manusia yg berdosa utk taubat, masih bg lagi udara utk bernafas, utk berfikir.


p/s:  Mungkin kepada pembaca yg baca artikel di atas akan berfikir, artikel yg
       kosong. Artikel yg mudah di dapati dr mana2 blog. Tapi difikirkan secara
       mendalam, ada makna yg besar.. Udara adalah asas kehidupan. Bila kita tak
       berpeluang menyedut udara, bermakna kita dah di alam lain.
       Bersediakah kita utk ke alam lain?
       Jika belum, ambillah kesempatan hasil dari udara yg kita sedut setiap hari
       utk menyediakan diri kita ke alam lain..(juga ingatan kepada penulis sendiri)



Tuesday, March 26, 2013

Case..



Huh..2 case pun susah betul nak approved. Dah almost 2 bulan, case customer

aku tak approve. Paling bengang bila dpt tahu opsyen letter yg o.k boleh jd tak

o.k. Dah 2 bulan baru nak update. Ni kalau mintak, perlu mintak dgn slip gaji

bulan March sekali. Adoiiiii....


Lagi 1 case, tak habis2 dgn areas settlement. Dh bagi surat pn, tak settle2 lagi.

Dah la process lama. Ni la yg buat kan aku down nak buat marketing. Nanti

bila ada case, lambat pulak process. Buat tambah dosa dgn customer shj.

Dua2 customer ni dah dok kejar aku shj. Pening jadinya. Lagi2 bila tgh

serabut dgn production, ade customer call. Memang aku tak angkat. Nant

dh balik waktu kerja baru aku call semula. Hah mase tu, memang telinga aku

ni jd tempat lepaskan tekanan customer. Ngamuk dh 2 bulan tak ade progress.

Dh la dgn badan penat kerja sepanjang hari. Memang telinga ni redho je la

kene sound dgn customer.


Tapi bila fikirkan nak kawin (perlu pakai bnyk duit) perlu jugak buat MBSB ni.

Nak harapkan duit gaji as Production Control ape la sangat. Bulan2 pn baru dpt

simpan 700. Setahun baru 8400. 2 tahun baru 16800.


Kalau ade duit komisyen MBSB, dpt la aku simpan lebih sikit dlm ASB tu. Perlu

letak banchmarking utk diri aku. "NAK KAWIN, PERLU KUAT KERJA"

Anggapla cabaran yg ada ni sebagi batu loncatan utk berjaya dlm 2-2 bidang

yg aku ceburi sekarang. Sebagai Production Control and at the same time sebagai

Marketing Personal Financing-islamic.




p/s:  Bukan senang ye buat dua kerja dalam satu masa. Paling challenge ialah masa
       dan tenaga. Ada masa, tp tenaga tak ada. Ada tenaga tp masa tak ada. Badan
       ni tak boleh force sangat. Nak force sikit boleh la. Nak pakai lama badan ni.
       Usia badan baru 25tahun.




Tuesday, March 19, 2013

Balancing wire.


Esok wire 2QZ VTI-L (Honda Accord 2.0), lot 10 nak keluar. Tp challenge,

wire ballancing dr C&C tak siap lg. Td jumpa Goh tny psl wire ballancing esok

pagi before 10am boleh naik tak, tp dia ckp tak boleh janji, cz semalam ptg baru

isu. Then td pergi C&C dept, masih bnyk lagi wire tak siap. Baru siap cut, belum

crimping lagi.


Td bincang dgn Exec Assy boleh ke wire siap dr C&C esok. Dia ckp cm tak boleh.

Aku pn sama jugak fikir cm tu. In happen pn tgk je la esok cmne. Esok pagi2, lps

morning briefing, kene terus pergi C&C. Tgk area balancing bnyk lg tak wire belum

siap..



p/s: Td Mr Goh dh shoot email. Siap cc kt GM lg pasal request top urgent
      ballancing wire. Lps ni perlu planning semula psl balancing wire. Perlu
      tgk mana yg wire lg 1 minggu keluar check sekali ballancing wire.






Sunday, March 17, 2013

Esok Isnin.



Hari ni Hari Ahad. Maknanya esok dah Isnin. Mcm biasa rutin harian bangun


seawal 4.45pg selesaikan kerja2 rumah sebelum pergi kerja. Dan esok jadual


kerja nampak padat, rasanya macam perlu o.t shj...huh..malas betul nak o.t....





  1. Key-in DO dlm FGM report.
  2. Key-in WIP result Feb'13 (boss dah highlight mase Morning Friday)
  3. Follow-up 2HC and 2WS cutting week 09 ( perlu kejar C&C nk wire)
  4. Review planning April'13( see forecast email last Friday).
  5. Discuss with Assy Dept about planning 2WR (4 sets) and 2PU (29 sets).
  6. Discuss about out-put, balancing wire (come 1st to 100% DI customer)
  7. SL for packing data in FGM report (with Hakimi-san)
  8. SL for item lot location (check 100% finish or not).
  9. Polycase schedule.
  10. Follow-up production.

p/s: Huh...kerja smp mlm la gayanya...


Thursday, March 14, 2013

Kepala sakit.



Huh...dua org customer pending approval. Total rm184,000 equal to

                 commision rm1840. Banyak tu jumlahnya. Campur gaji kilang rm2150

sama dgn rm3990. Makan besar gamaknya. Tapi the problems is still

                pending approval. Semua document dh lengkap. Ada yg tu last mereka

checking on 5March2013. Hari ni dh 14March 2013. Seminggu lebih tak 

                 ada movement. Sakit hati bila check kt WAPS. Customer dh berharap

sesangat duit cpt dpt. Kesian kt customer tu. 'Insan ini' dpt rasakan bertapa

                 sakit hati customer tu. Sedangkan tunggu approval loan kereta dr bank

seminggu 'insan ini' dh panas bontot, apa lg yg terpaksa tunggu sampai satu

                hingga 2 bulan. Moga process di sana dipercepat..




P/S: Sometimes bila leadaan mcm ni, malas pulak nk buat marketing. Betul, customer 
       senang dapat, tapi nk puaskan hati mereka sangat susah.




Wednesday, March 13, 2013

Training Development Programm



Training Development Programme (TDP). Ya minggu ini bermula

                11 March 2013 hingga 15 March 2013 'insan ini' telah mengikuti

training tersebut. Training yg khusus utk pekerja2 baru seperti 'insan

                ini'. Banyak ilmu dan pengetahuan yg dpt dari training tersebut. Antara

-nya graf utk kerja seharian yg urgent dan important. Selain itu tatacara 

                makan dgn customer. Dulu masa kerja Marketing Exec tak ada pulak

training mcm ini, walhal jawatan tu everyday akn jumpa customer,

                makan dgn customer and etc. Dan melalui training ini jugak, baru tahu 

betapa banyak lagi perkara yg belum 'insan ini' tahu mengenai company,

                malah tidak keterlaluan jugak mengenai department sendiri. Terasa 

tercabar jugak diri ini, cz joint company ini atas tiket experience kerja 

               selama dua tahun sebagai Department Head Trainee dan Marketing

Exec. Tp dh tiga bulan di company sekarang, masih ada ruang kosong 

              di kepala otak mengenai company sekarang. Tapi anyway berterima

kasih jugak kpd management bg peluang utk joint training ini, atleast 

             boleh penuhkan ruang kosong kepala otak dgn ilmu2 yg dpt. Thanx JK

Wire. Dan insan ini target utk atleast five to ten years stay di company ini

             utk collect more knowledge from them, before find new journey in life. Some

people can not stay long time in ones company. They must change to find 

           new spirit and fresh experience. Tapi harus ingat, jgn jadi mcm keluar mulut

buaya masuk mulut harimau.....







p/s: Spirit2 yg dpt sometimes boleh apply dlm freelance sekarang ini.."Kita mesti fikir 
       apa sumbangan kita pada company. Adakah berbaloi dgn gaji yg dibayar?
       Atau nak kami buat, bayar gaji ikut perkara yg kamu mampu buat shj?"

       Kalau mana yg kerja freelance, ayat terakhir memang kene. Kerana income
       kami berdasarkan usaha. Usaha lebih dpt income lebih la..




Saturday, March 9, 2013

Honda CR-V



Mungkin sesetengah orang dgr sahaja nama kenderaan ini boleh

         bayangkan prestasinya meluncur laju di jln raya. Dan mungkin juga

akan menelan air liur bila fikirkan instalment-nya.



         Bagi yg berpendapatan tinggi, tak jadi masalah utk memiliki kenderaan

ini. Apa ada hal, duit banyak. Pakai shj la. Kerja penat2, lbh 12 jam

        mesti nak sesuatu perkara atau benda yg berbaloi dgn usaha mereka.



CR-V kali ini didatangkan dgn variant 2.0. Dengan harga RM148,00. CR-V

              ini juga merupakan kenderaan CK-D (completely knocked down) iaitu

part2-nya datang dr negara asal kereta tersebut dan dipasang di Malaysia.

               Walaubagaimana pn, pd June nnt, variant 2.4 akan dilancarkan. Jadi

rakyat Malaysia boleh membuat pilihan utk variant yg mana. Kalau yg

               kemaruk sangat smp tak boleh nak tunggu bulan June, jd boleh la oder

utk variant 2.0



Mungkin ada yg tak tahu, komponent wire bg kenderaan ini datangnya

              dr Malaysia. Dan 'insan ini' salah seorang yg terlibat dlm membuat wire

harness utk model ini. Hari2 gegar CNC suruh cepat hantar wire ni ke

             production. Dan tugas 'insan ini' akan force production keluarkan out put

seperti yg ditetapkan. Kalau ikutkan, out put mesti 70qty per shift. Tapi

             hakikatnya, nk kejarkan satu lot punya qty pn dh ambil masa 3/4 shift.

Macam mana tu...Call-inn tiap bulan naik, tapi out put cm tu jugak..





p/s: huh...cabaran...





     

ilmu hari ini..

......----->>>\\\ Baru tahu clutch kereta pn ada minyak clutch and clutch filter..

Thursday, March 7, 2013

Farewell...


Hari yg memenatkan..

               


                 Habis kerja jam 6.20ptg. Pada hal, kerja tak habis lg tu, tp dh balik..

Kalau ikutkan hati mcm nk O.T cz Finished Goods Movement

                 records tak siap lagi, schedule polybox pn sama. Nak kejar CNC wire

cutting week 09 and 10..(ahhh..baru skrg sibuk nk O.T sejak 

               dua menjak  sales PF-i tak ada. Dulu masa ada, sombong tak nak O.T. 

Ye la O.T pn byr rm15 utk 1.5jam compare dgn komisyen PF-i 
               yg kadang2  boleh dpt rm1k utk 1 customer.)

                     
Berbalik pada cerita, so mlm ni tak O.T la cz ada farewell dinner

              Manager. Manager nk resign setelah bekerja hampir sebelas tahun. Masih

muda around 33++..huh tiba2 terfikir, "insan ni" berapa tahun boleh

             tahan ye. Tak pe la, kita tgk je la nnt.....




p/s: teringat kata Salleh, "Bro..org mcm kita kerja 7~8 tahun pastu belah

cari company baru"....





Sunday, March 3, 2013

Biru.




Sejak dah kerja kilang ni, macam2 dpt belajar dan lihat. Tiap2 pagi bila

masuk kawasan perindustrian, mata ni akan lihat suasana semua warna biru.

Dan kepala otak mula berfikir, kenapa org kerja kilang mostly uniform

mereka (baju+seluar) warna biru. Tak kisahlah biru laut ke, biru pekat ke.

Yang penting warna biru


Ada siapa boleh bagi jawapan??



Try jugak search kt bro google, tp jawapannya mcm tak confident-kan diri

ini. Alasannya, kebanyakan mesin di kilang warna biru.


p/s: Berapa tahun agaknya boleh tahan...





Sabahan.



Sekarang ni, media massa sibuk menyiarkan berita pasal penceroboh di Sabah.

Sedang sibuk tgk berita pasal Sabah kene ceroboh, tiba-tiba teringat kt En Halim

(MBSB). Dia sekarang jd RBR (Regional Business Representative) di Sabah. Dulu

dia jd RBR kt Southern Region before di-transfer ke Sabah. Dgr cerita if dia dpt

naikkan sale Sabah dlm masa 2 tahun and jd no. 1 region seluruh Malaysia, dia akan

di-transfer semula ke Semenanjung. Tapi biasalah khabar angin, kadang2 betul

kadang2 sebaliknya. Tapi kalau betul, mesti sekarang ni En Halim tengah pening.

Ye la Sabah kene serang, sekolah tutup. Jadi cikgu2 susah utk dapatkan sign

Pengetua atau Penolong Kanan sekolah. Dan encik2 Polis semua pun tgh sibuk

stand-by. If ada nk buat loan pn, mesti bos2 Polis tak nak sign kt borang BPA.

Anggota lain sibuk jaga keselamatan negara, anggota sorang ni pulak sibuk

mintak sign.



p/s: Deal dgn cikgu lagi senang compare dgn Polis. Cakap sekali terus faham.