Wednesday, November 28, 2012

3.77% (Malaysia Building Society Bhd)



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..


Tahun 2013, Malaysia Building Society Bhd akan mengadakan satu pakej

Pembiayaan Peribadi MBSB yg baru dgn kadar interest 3.77% p.a selama

20 tahun (belum lounch lagi, tapi desas desus kuat mengatakan pakej baru adalah

3.77%) . Dijamin kadar tetap, bukan seperti pakej Max-i dan Waslah yg mana

selepas 5 tahun, pembayaran balik berubah. Lebih lanjut boleh email ke

shaifulakmal88@gmail.com



P/S:      Sy hanya membantu kawan sy promote pakej MBSB melalui blog sy. Nak
mengetahui lebih lanjut boleh la email kt dia seperti tertulis di atas. Sekian..





Monday, November 26, 2012

Kerja...


Sedang aku menghirup minuman secawan teh panas, tiba-tiba..

"Assalamualaikum. Maaf ganggu encik. Mungkin encik pernah nampak saya di mana-mana bawak air botol ini. Mungkin di kedai-kedai makan, bangunan kerajaan atau..."

" Tak apa bang, silakan duduk."

Ku lihat lelaki di hadapan ku. Kurus tinggi. Air mukanya kelihatan penat. Berbaju melayu ungu berseluar slack hitam.

"Macam ini encik. Pada tangan saya ada air mineral yg telah dibacakan Al-Quran 30 juzuk oleh hafizah di Madrasah XXX, Selangor. Air ni, bila dibacakan ayat A-Quran bentuk molekulnya berubah dan sangat cantik. Bayangkan kalau perkara yg cantik-cantik melekat pada tubuh kita. Segala cas-cas negetif dinyahcaskan."

Teringat aku kata-kata seorang motivator di Bay View Hotel dulu mengenai molekul air yg dibacakan ayat Ai-Quran.

"Siapa yg minum air ini, insya-Allah di jauhkan dari perkara yg tidak baik seperti buatan santau dari org yg dengki pada kita..bla..bla..bla.....Membeli sambil menderma encik untuk madrasah tahfiz."

Sungguh kemas susunan kata lelaki tersebut. Dipendekkan cerita, aku pun beli air mineral tersebut. Selepas air mineral dan wang bertukar tangan, lelaki tersebut pergi ke meja sebelah. Menerangkan benda sama pada lelaki yg duduk di meja tersebut. Aku yg masih menghirup teh panas, hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka. Dalam perbualan tersebut, baru aku tahu lelaki tersebut bekerja sebagai Jaga bangunan XYZ. Kemudian, lelaki tersebut pergi ke meja hadapannya. Aku hanya perhatikan dari jauh. Sungguh bersemangat dan rajin. Dari setiap meja ke setiap meja yg lain, mencari pelanggan. Kalau macam ni la cara kerja, jual PF-i sebulan 3,4 juta selamba dia buat ni. 

Setelah habis semua meja lelaki tersebut singgah, dia keluar dari restoran tersebut menuju ke parking kereta. Aku sangat terkejut bila dia menghampiri sebuah MPV Toyota bernombor pendaftaran JXX 171. Menyeluk kocek seluarnya, keluarkan anak kunci. Membuka pintu dan meloloskan dirinya ke tempat pemandu lalu memandunya.

Hanya bekerja sebagai Jaga bangunan dan menjual air mineral mampu pakai MPV Toyota. Aku termenung seketika. Betapa murahnya rezeki...




p/s: Bekerja atas jln Allah, atas niat ibadah, akan dimurahkan rezeki.








Sunday, November 25, 2012

Puluhan atau ratusan ribu..



Zaidi berangan. Berangan apa?

Berangan nak pakai Evo Lancer 10...

Ada berannn???


p/s:   perlu kerja kuat.cari komisyen lebih2..






Saturday, November 24, 2012

Saya sebiji...



Apa yg boleh dibuat dengan sebiji atau sebuah laptop...



1) Utk budak yg baru lahir a.k.a bayi (bermula umur 1 hari), ibu bapa mereka

akan mengalunkan bacaan al-quran kepada anak mereka.


2) Budak berumur 3 tahun hingga 6 tahun. Mereka akan menggunakan laptop

utk belajar. Belajar sambil bermain. Ibu bapa akan meng-install-kan education

game ke dlm laptop seperti game ABC.


3) Umur 7 tahun hingga 12 tahun. Dah berada di alam sekolah rendah. Internet

pun dah tahu. Guna laptop untuk belajar Science, Math, BM, BI. Kalo bosan,

ber-facebook, ber- you tube la.


4) Umur 13 tahun sampai 17 tahun. Zaman sekolah menengah. Zaman peralihan.

Zaman cinta monyet. Menggunakan laptop untuk tujuan pembelajaran. Cari

kenalan di laman sembang. Tujuan pertama adalah untuk bertukar-tukar kertas

soalan PMR, SPM. Juga salah satu cara bermulanya bait-bait cinta monyet.


5) Umur 18 tahun hingga 24 tahun. Zaman sudah habis sekolah, sudah habis

beruniform putih dan biru laut. Zaman ini menggunakan laptop untuk cari kerja.

Ye la dah abis SPM kan. Mana yg keputusan SPM baik, mula la survey IPTA,

IPTS yg elok utk sambung pengajian peringkat Sijil, Diploma, Matrikulasi. Dan

masa itu jugak kaunter Bank BSN sesak dgn budak-budak nak beli nombor pin.

Dan keseskan berlanjutan ke laman sesawang KPT. Ye la budak-budak ramai

on-line sampai system internet KPT hang. Mana yg bergelar student, nak siapkan

segala jenis assigment pn perlu sebiji laptop. Ye la cari maklumat pada en Google,

copy paste dlm word, esok print hantar pada lecturer.Kantoi buat semula. Sampai

due date tak hantar, carry mark utk assigment tu telur ayam. Then boleh lah plan

next sem repeat paper sama.


6) Umur 24 tahun dan seterusnya. Hah masa ini ramai yg dah habis belajar. Dapat

degree with hons. Mak bapak pn bangga. Masa umur ini, ramai guna untuk cari

pekerjaan dan tak kurang juga untuk cari universiti nak sambung Master. Mula lah

masing-masing update resume, cover letter tak kurang juga sijil-sijil aktiviti di-scan

dan email ke company yg menawarkan pekerjaan yg sesuai dgn bidang masing-

masing. Mana yg kerja melibatkan 100% penggunaan laptop seperti kerja auto-card,

run data, etc memang penting lah sebiji laptop, lagi penting dari awek atau pakwe.

Tapi yg kerja melibatkan separuh penggunaan laptop seperti kerja marketing yg perlu

update isu semasa, puchasing, planner yg juga perlu tahu maklumat supplier, perlu

juga sebiji laptop.


7) Umur 55 tahun dan ke atas. Kembali ke zaman bayi. Bukak bacaan al quran. Ye

la dah tahu umur makin singkat, kubur kata mari, rumah kata pergi. Nak tambah

pahala kan. Amalan seharian tak cukup, itu pn belum tentu sempurna dan diterima

tuhan.




P/S:    Hidup ibarat bumi yg berputar. Walau mana kita pusing, kita akan kembali
ke tempat asalnya. Dari tanah, dijadikan bayi, budak, remaja, dewasa, tua dan
kembali ke tanah semula. (Penulis sedang menunggu on-line movie habis buffer.)






Bantu-membantu.



Hari Rabu

Tablet 7.7 Azam berbunyi. Lihat nama si pemanggil Erol.

"Assalamulaikum brooo. Sihat bro?"

"W'salam. Alhamdullilh bro. Sihat. Haha."

"Ada mana sekarang, bisnes ok beb. Hahaha."

"Kat UTM ni. Bisnes? Biasa la beb, freelance. Hahaha. Beb lepak jom, ok?"

"Ok beb. Lg pun dh lama aku tak jumpa ko. Dh lama tak story panjang. Hahahaha.

Ada benda aku nk cerita ni, tp better kita jumpa la. Baru syok nak cerita. Hahaha."

"Ok bro. Jumaat around 10 pagi aku sampai office ko, boleh? Nk jumpa esok, esok

public holiday. Hahahaha."

"Ok beb, green light. Aicccehh. Ko pn ada cuti ke bro. Hahahahaha."  

"Kasar bunyi bang. Hahahaha."

"Takde la bro, aku gurau je. Dh lama tak usik lu. Hahaha."

"Tak pe bro. Hahaha. Ok Jumaat nnt kita lepak. Asslamulaikum."

"W'salam."


Hari Jumaat.

"Assalamualaikum. Erollll. Haha."

"W'slm beb. Peh, kita orang baru sebut nama lu, tup-tup dah sampai."

"Patut la td masa kt tangga aku tersedak, rupanya ada orang kutuk wa

dr belakang. Hahaha."

"Beb, kita org kutuk-kutuk lu pn kita org bg tahu kt lu jgk. Haha."

"Siot la lu. Haha. Beb amacam hari tu meeting, teruk tak?"

"Hahaha. Aicehhhh ko, tny macam tak pernah pergi meeting kan."

"Dh 3 bulan aku tak pergi meeting, mesti la lupa. Hahahaha."

"Ahhhh. Blah la. Hahaha. Teruk jugak beb. Aku yg dh 100% pn kene. Sengal

betul. Mampus la, tahun dpn aku buat 1million je, lepaskan komisyen aku."

"Biasa la beb. Bos nak tunjuk power. Konon setiap benda dia buat tu betul. Hah

beb, kata hari tu ada benda nk cerita, apa dia. Tak sabo aku nk tahu ni. Haha."

" Cmni beb, tahun dpn ada pakej baru. Yang Exchange jadi 3.77%, pastu yang

Max-i jadi 4.77%. Ada satu pakej ni special utk customer yg dh buat Waslah dlu

minimum 1 tahun, diorang boleh overlap guna pakej 4.05%. Mana yg customer

Waslah dulu apa lg, kejar la."

"Peh. Terbaik beb pakej ni. Boleh meletup tahun dpn. Hahaha."

"Tak pe bro, nnt product features dh dpt aku shoot email kt ko."

"Ok beb, cun. Thanx beb support aku.

"Tak pe, aku tahu org freelance cmne. Nanti one day pn aku akn jd cm ko

jgk. Cuma tak tahu bilanya.





P/S:   Ironinya cerita istilah kawan. Walaupun berlainan company, tp still contack.
Still support each other.










Kali ke-9





Jam di tangan menunjukkan ke angka 5. Suasana masih gelap. Tp Zack dan

keluarganya sudah bangun. Pagi ini, mereka akan menempuh perjalanan yg

panjang sejauh 600km. Perjalanan Johor Bahru-Kuala Terengganu. Usai 

solat Subuh, kereta mula bergerak. Zack yg memandu terlebih dahulu, ayah

dia duduk sebelah. Kenderaan tak banyak, maklum lah baru jam 6 pagi. 

Masih ramai lagi warga bandar sedang diselubungi selimut. Zack memandu

pada kelajuan biasa. Seperti perancangan seminggu sebelumnya, perjalanan

ke Kuala Terengganu akn mengikut 'jalan pantai' iaitu Johor Bahru-Mersing-

Kuantan-Kuala Terengganu. Jalan yg biasa Zack lalui sepanjang pengajian tiga 

tahun di UMT. Terasa kali ini perjalan Kota Tinggi-Mersing agak jauh. Maklum

lah, dah lama Zack tak lalu jalan tersebut, sejak Zack tamat pengajian. Jalan yg 

mempunyai banyak selekoh kiri dan kanan, Zack hanya menekan pedal pd

kelajuan sekitar 70-80km/j. Kalau dahulu, selekoh tu la menjadi kesukaan Zack,

Zack akan memulas throtle moto sehingga 100km/j. 


1st stage, Johor Bahru-Kuantan mengambil masa 4jam setengah. Sampai di 

Kuantan, pemanduan diteruskan oleh ayah Zack, turn Zack utk tidur. Kali ini

perjalanan diteruskan ke Paka. Sampai di Paka, mereka berhenti sebentar

utk solat Jumaat. Selesai solat dan makan tengah hari, perjalanan diteruskan 

semula ke stage terakhir, iaitu Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu 

sekitar jam 4 ptg. Mereka terus ke bus stop sekolah yg berhampiran (lupa nama

sekolah) Pantai Teluk Ketapang, utk berjumpa Pak Mat. Pak Mat adalah owner 

homestay yg family Zack akan sewa selama tiga malam. Selepas kunci homestay

bertukar tangan, mareka terus menuju homestay yg terletak berhampiran jeti 

utk ke bandar Kuala Terengganu. Sampai di homestay, Zack keluar semula utk

membeli juadah makan malam, tak kan jalan jauh-jauh still nk suruh mak masak.

Macam tak patutu jugak, walhal homestay tu dh disediakan gas dan dapur gas.


Jam 8 mlm, usai solat Maghrib, Zack keluar. Nk jalan-jalan kt Pesta Konvo

UMT. Family Zack tak follow, kepenatan menempuh perjalanan hampir 600km

jaraknya. Malam itu, Zack dgn kawan-kawan sekuliahnya ronda-ronda di Tapak

Konvo. Masing-masing bertukar cerita. Cerita pasal kerjaya, konvo utk esok,

dan yg mana mulut lancang sikit, tny gaji berapa (benda yg paling Zack hanggggin)

tak ketinggalan jugak cerita pasal kahwin. Jenggg..jengggg..jenggg..haha..

Maklum lah masing-masing dh besar, ada pasangan sendiri. Jd tunggu je lah siapa

dulu yg bg kad undangan. Lepas berborak panjang dgn kawan sekuliah, Zack

balik. Tp bukan balik terus ke homestay, tapi Zack menyimpang ke tempat lain.

Dan tempat tersebut adalah , New Cafe (panggilan bebudak u) utk cafe asrama.

Menunggu seseorang. Dari jauh kelihatan seorang wanita (teman 'mengadu' masalah)

Zack muncul. Berbunga lah kembali hati Zack. Maklum lah dh hampir empat bulan

tak bertemu. Kerana masing-masing berhaluan sendiri utk sementara waktu, Zack

kt JB, manakala wanita tersebut kt KT meneruskan pengajiannya berbaki satu

tahun. Dan mlm itu, Zack dan wanita tersebut berborak panjang, bertukar cerita.

Cerita empat bulan tidak bertemu. Banyak perkara yg diceritakan.


Keesokan paginya, mcm biasa Zack akan keluar utk cari breakfast keluarganya.

Tapi pagi tu, pagi yg lain. Bukan kerana suasana tempat (di Terengganu) tapi

ahli keluarga yg memenuhi meja makan turut bertambah. Pagi itu, Zack pertama

kalinya menunjukkan teman 'mengadu' masalahnya pada family. Respon yg sangat

baik. Lps sarapan, kami pergi mambeli belah kt Pasar Payang. Org cakap kalau

nk ber-shopping kt Pasar Payang, perlu bawak org cini jugak. Utk tawar menawar

hingga harga gila. Pagi itu, family Zack hanya membeli barang-barang makanan yg

tiada di JB seperti Keropok Lekor, Serunding Daging, etc. Habis barang makanan

Pasar Payang diborong oleh mak dan ayah Zack, mereka kembali semula ke

homestay utk persiapan Konvo Zack. Sangat bermakna buat Zack, konvo dia

ditemanai teman 'mengadu' masalahnya. Mengikut tentatif majlis, perarakan konvo

bermula jam 2.30pm. Siap semua, mereka terus bergegas ke UMT. Biasa la, bila

masing-masing dah mengenakan jubah, bermula aktiviti pancaran lensa, maklum la

jubah yg terakhir (bg student yg tak nak sambung Master). Ada yg dgn kawan-kawan,

keluarga. Mana yg dah ada buah hati, bergambarlah dgn buah hati masing-masing.


Tepat jam 2.30 perarakan masuk oleh pelajar. Lengkap berpakaian kemas dan cantik.

Mana yg wanita berbaju kurung bertudung dan jejaka pula berkemeja beserta tai,

lengakap dgn jubah konvo dan mortaboard masing-masing. Usai majlis, ada yg

sambung ber-flash-an, ada yg buat hal masing-masing dgn family. Zack pulak, terus ke

HEPA utk sesi pembayaran gambar konvo. Lapas tu Zack kembali semula ke DSM

pulangkan semula jubah konvo dan ambil transkrip Ijazah. Agak tergesa-gesa sampai

ditegur oleh si-teman 'mengadu' masalah. Mana tak nya semua perkara yg berkaitan

universiti perlu diselesaikan hari ini juagak kerana esok pagi, family Zack dh kenbali

ke JB semula.


Malam itu, malam terakhir Zack di bumi Terengganu. Entah bila Zack berpeluang ke

sini semula. Malam itu jugak, Zack membawa familynya berjalan-jalan sekitar

Kuala Terengganu. Pergi ke Arked, Dataran Shahbandar, Dataran Pulau Kambing,

Pantai Batu Buruk etc dan destinasi last adalah Mydin Kuala Terengganu (Mydin

paling besar di Malaysia) utk beli barang makanan utk perjalan jauh esok pagi.

Siap semua, mereka kembali ke homestay dan Zack menghantar teman 'mengadu'

masalah ke hostel UMT semula. Agak sedih 'mereka berdua'. Lepas ni tak tahu

lagi bila akan jumpa.


Keesokan paginya, family Zack bertolak ke JB.....




P/S:      Begitu lah cerita konvokasyen. Setiap tahun para graduan dilahirkan dengan
jalan cerita yg berbeza. Ada cerita Engineer, Doktor, Ahli Kimia dan macam-macam.
Itu lah cerita konvo Zack. Cerita yg ringkas tapi bermakna. Cerita Majlis
Konvokasyen UMT kali ke-9...UMT CITRA WARISAN.






Hari ini punya cerita..

Jam di tangan menunjukkan 10.45 pg. Azman sudah terpacak di dpn City-Link.

Pg itu Azman ada interview. Selasai mulut terkumat-kamit membaca doa, Azman

mula melangkah masuk ke bangunan itu. Setelah form diisi dan diserahkan 

di kaunter nama Azman di panggil utk interview. Interview utk jawatan Out Door 

Sales Team. Suatu jawatan yg biasa bg Azman. Cuma bezanya, scoop customer.

Kalau di bank, customer kerajaan akan jd mangsa Azman, tp di City-Link, HR

kilang2 menjadi makanan Azman. Setelah hampir tiga puluh minit interview, 

Azman pn keluar. Seperti yg dijanjikan, paling lewat dua minggu lg akan tahu

jawapan sama ada lepas atau tidak. Bagi Azman, dia redho. Kalau dpt, 

alhamdulillah rezeki di situ, tp sekiranya tidak rezeki di tempat lain.


Then jam 2 ptg, Azman ada interview sekali lg. Kali ini di CIMB Bank, utk

jawatan Mortgage Consultant. tp agak sedih, person yg incharge ada hal, 

interview terpaksa di pospone ke jam 4.30ptg. So nk tunggu jam 4.30, Azman

pergi ke Angsana hingga waktu Asar. Sesudah Asar, Azman bergegas utk ke 

CIMB Bank semula. 


Nak dijadikan cerita, masa tgh nak ambil kasut, Azman terdengar suatu suara yg 

agak familiar. Bila dijeling, bederau darah Azman. Customer dia yg loannya 

decline dulu rupanya. Azman buat-buat tak perasan dan berlalu ke tempat lain.

Semalam pn terserempak dgn customer itu jugak. Masa tu kt kedai makan. Tak

jd Azman nk makan di kedai itu. Dua hari berturut-turut jumpa customer yg sama.

Habis excident tu, Azman bergegas ke CIMB utk urusan interview. Bila smp, 

interviewer bg tahu, Azman layak utk position Personal Financing. Apply jawatan lain,

dpt jawatan lain. Azman hanya menganguk setuju. Masa interviewer bg tahu, Azman

hanya mampu senyum dan komen dua, tiga perkara. Nak komen lebih2, job 

description sama shj dgn tempat yg dulu. Cuma bezanya companay dan product

features. 



P/S:      Tak tahu apa urusan tuhan, menemukan Azman dgn customer yg sama dua

hari berturut2. Lps tu aplly jawatan lain, dpt jawatan lain. Tak pe. Ini Urusan yg

maha pencipta. Ada disebalik ceritera yg berlaku...









Sunday, November 18, 2012

@) November 20!@

Selasa ini, Daud ada interview. Interview utk jawatan Mortgage. Moga

dipermudahkan tugas Daud nnt. Bila sebut jawatan Mortgage, mungkin ramai

dikalangan sales person hanya menggeleng kepala or terbeliak biji mata. Kerja yg

memerlukan P.R yg tinggi. Tp Daud sanggup terima cabaran tersebut, nak

memajukan dirikan. Perlu belajar scop yg lebih luas...




p/s: study pasal Morgage...






Thursday, November 15, 2012

Masa senggang.

Kelemasan. Itu lah perkataan yg boleh diucapkam oleh Aidil. Tiga hari cuti, hanya

duduk di rumah shj. Nak keluar, tak tahu nak pergi mana. Nak pergi shopping

complex, dah selalu sangat pergi. Nak jumpa buah hati, rasa malas pulak. Bukan

apa, nanti pun tak tahu nak lepak kt mana dgn buah hati. Bukak laptop, tak tahu

nk buat apa. Internet? Pn tak tahu nak search apa. Nak search kerja baru, rasa

malas pulak. Nak search kereta or accessories kereta, bukan ada duit. Akhirnya

bermalasan dgn tilam. Sambil kenangkan perjalanan hidup ini. Itu pun tak lama,

lepas puas dikenangkan semua, Aidil kembali bosan. Keluar rumah, cuaca mcm

nak hujan. Drive kereta, rasa malas nk tempuh jem.  Duduk lah Aidil terperap

dalam bilik, umpama ikan sardin terperap dlm tin...


p/s: tidur shj pn dah bosan...





Saturday, November 10, 2012

photocopy..

Mail mencapai ank kunci motonya. Jam di tgn menunjukkan ke angka 2 ptg.

Perlu dipercepatkan urusan. Smp di kedai "Kak..yg ni buat dua salinan ye."

"Ok dik. Kau ni, asyik fotostat resume, sijil. Kerja dh gaji besar, tak cukup

lagi ke. Pulak tu panjang benor resume kau. Kalau aku jd HR, takut nk hire 

kau." bebel pulak akak ni ptg-ptg. Sungut Mail dlm hatinya. "Biasa la kak,

gaji tak cukup. Tu la mintak kerja lain. Yg psl resume tu panjang sangat,

dh kerjanya banyak, jd sy tulis lah panjang2 dlm resume tu."


Hah tu la akibatnya bila selalu sangat potostat kt kedai sama, smp akak tu

boleh cam muka Mail. Walhal Mail jarang berbual dgn akak tu. Malu pn 

ada, bangga pn ada. Malu sebab akak tu dh baca resume Mail. Mesti

nombor telefon Mail dia ambil. Mail kan hensem. Bangga sebab, akak tu

tahu gaji Mail berapa. 


p/s: Gaji, CGPA adalah dua perkara yg perlu dirahsiakan..










Friday, November 9, 2012

Pelakon drama..

Dh lapan hari Jiman tanam EPAL di kebun milik keluarga dia. Kebunnya tak jauh

pun. Belakang rumah shj. Biasa la, baru lapan hari, mst belum keluarkan hasil.

Insya-allah lg beberapa hari, mungkin beberapa minggu dan mungkin beberapa

bulan baru mendatangkan hasil. Yg penting perlu ada usaha atau org putih

panggil effort. Dan tak lupa jugak tugas kita sebagai 'pelakon' di muka bumi

ini yg mana wataknya boleh ditamatkan begitu shj. Perlu ikut arahan 'pengarah'

kita. Solat lima waktu, baca Quran. Jgn lupa jgk 'saham' kita masa kita 'tua'.

Perlu perbanyakkan 'saham'.


Dh lapan hari tanam EPAL, bermakna dh lapan hari Jiman gantung tagged-nya

di locker shj. Bkn tak nak pakai, tapi tak ada keperluan pn bila pakai. Kalau

dulu memang betul ianya suatu keperluan. Perlu pakai ke mana shj pergi.

Bila pakai, melambangkan Jiman sygkan syarikatnya, menjual nama syarikatnya

dimata customer. Bila pakai, customer akan merasa yakin dgn product yg Jiman

jual. Itu la fungsi sekeping tagged.


Tp itu dulu, semasa tugas Jiman sebagai Marketing Executive. Sekarang, hanya

tinggal sejarah. Berbalik semula cerita Jiman tanam EPAL. Setiap pagi bermula

cerita baru dlm kehidupan Jiman. Tak seperti dahulu, bangun pagi, manda, solat,

dan terus pergi kerja. Tapi sekarang, cerita pagimya berlainan. Sebelum tidur,

Jiman perlu merangka aktivitinya utk sepanjang satu hari, bermula pagi smp ke

petang. Kehidupan pagi bukan sekadar tgk EPAL di belakang rumah, malah

lebih dari itu. Selapas mengenangkan nasib EPALnya, Jiman terus bersiap.

Cukuplah hanya kemeja berjalur lengan panjang dan seluar sleck. Jiman segera

ke mejanya, mengambil beberapa document yg rasanya penting dan tidak

ketinggalan beberapa helai flyers. Cukup lah utk diedarkan ke beberapa tempat

yg Jiman rasa perlu. Pagi tu Jiman ada beberapa 'appoinment' dgn H.R

kilang. Kemudian Jiman akan singgah ke beberapa tempat yg dirasakan perlu

untuk edarkan flyersnya. Kadang2 tak habis pun flyers tu, ada panggilan phone

dr customer. Biasa la call nk jumpa Jiman. Sepeti yg dijanjikan menerusi panggilan

telefon, Jiman pn pergi ke tempat tersebut. Begitulah cerita Jiman pd suatu pg.


Kalau tak ada 'appoinment' dgn pihak H.R kilang, Jiman akan singgah jgk kilang

utk 'berbual' dgn guard atau receptionist kilang. Dh rasa penat dan dahaga, Jiman

pergi ke restoran mamak utk beli air. Dapatlah wifi free. Sambil hilangkan dahaga

ditekak, dpt lah Jiman tehu pasal isu2 semasa. Lps tu Jiman akan pergi ke masjid

berhampiran utk tunaikan Zohor. Jd lepas menunaikan Zohor dpt lah Jiman

lelapkan mata setengah jam. Kemudian, Jiman akan edarkan flyers2 dia smp lah

waktu ke angka 5.


Begitulah ironinya kehidupan Jiman sebagai penanam EPAL,,,




p/s: 'WATAK' SETIAP 'PELAKON' BERBEZA. BERGANTUNG PADA 

'SCRIPT' YG DPT DR 'DIRECTOR'. SEBAGAI 'PELAKON' KITA PERLU IKUT. 


DAN KADANG2 PERLU JUGAK  UTK MENGUBAH 'SCRIPT' TERSEBUT 


SUPAYA MENDAPAT MUTU 'LAKONAN' YG LG BAIK DAN DIBERKATI. 


SESUNGGUHNYA 'SCRIPT' YG KITA DPT, SEMENAGNYA SUDAH  ADA DI 


LUHZULMAFFUZ. JD KEPADA YG DI LUAR SANA JGN MENCACI MANUSIA 


YG DPT 'WATAK' LG TERUK DARI ANDA. BERSYUKURLAH KERANA ANDA 


TIDAK  DIBERIKAN 'WATAK' SEDEMIKIAN RUPA...