Monday, November 26, 2012

Kerja...


Sedang aku menghirup minuman secawan teh panas, tiba-tiba..

"Assalamualaikum. Maaf ganggu encik. Mungkin encik pernah nampak saya di mana-mana bawak air botol ini. Mungkin di kedai-kedai makan, bangunan kerajaan atau..."

" Tak apa bang, silakan duduk."

Ku lihat lelaki di hadapan ku. Kurus tinggi. Air mukanya kelihatan penat. Berbaju melayu ungu berseluar slack hitam.

"Macam ini encik. Pada tangan saya ada air mineral yg telah dibacakan Al-Quran 30 juzuk oleh hafizah di Madrasah XXX, Selangor. Air ni, bila dibacakan ayat A-Quran bentuk molekulnya berubah dan sangat cantik. Bayangkan kalau perkara yg cantik-cantik melekat pada tubuh kita. Segala cas-cas negetif dinyahcaskan."

Teringat aku kata-kata seorang motivator di Bay View Hotel dulu mengenai molekul air yg dibacakan ayat Ai-Quran.

"Siapa yg minum air ini, insya-Allah di jauhkan dari perkara yg tidak baik seperti buatan santau dari org yg dengki pada kita..bla..bla..bla.....Membeli sambil menderma encik untuk madrasah tahfiz."

Sungguh kemas susunan kata lelaki tersebut. Dipendekkan cerita, aku pun beli air mineral tersebut. Selepas air mineral dan wang bertukar tangan, lelaki tersebut pergi ke meja sebelah. Menerangkan benda sama pada lelaki yg duduk di meja tersebut. Aku yg masih menghirup teh panas, hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka. Dalam perbualan tersebut, baru aku tahu lelaki tersebut bekerja sebagai Jaga bangunan XYZ. Kemudian, lelaki tersebut pergi ke meja hadapannya. Aku hanya perhatikan dari jauh. Sungguh bersemangat dan rajin. Dari setiap meja ke setiap meja yg lain, mencari pelanggan. Kalau macam ni la cara kerja, jual PF-i sebulan 3,4 juta selamba dia buat ni. 

Setelah habis semua meja lelaki tersebut singgah, dia keluar dari restoran tersebut menuju ke parking kereta. Aku sangat terkejut bila dia menghampiri sebuah MPV Toyota bernombor pendaftaran JXX 171. Menyeluk kocek seluarnya, keluarkan anak kunci. Membuka pintu dan meloloskan dirinya ke tempat pemandu lalu memandunya.

Hanya bekerja sebagai Jaga bangunan dan menjual air mineral mampu pakai MPV Toyota. Aku termenung seketika. Betapa murahnya rezeki...




p/s: Bekerja atas jln Allah, atas niat ibadah, akan dimurahkan rezeki.








No comments: