Monday, February 25, 2013

Kaya..


Huh..setiap bulan order dari customer meningkat. Dr 3ribu menjadi 4ribu, 

kemudian menjadi 5ribu. Dgn production member sikit, memang mencabar

utk buat planning. Tak cukup dgn tu, customer mintak advance delivery. Kalau

ada buffer tak pe la, tp ini hanya cukup2 utk smp delivery instruction cusomer.

Bila planning dah cantik, tiba2 ada P.M berhenti or tak datang. Memang pening

kepala. Target out put mesti lari. Bad lock meningkat. Nak cover, terpaksa bukak

o.t sabtu ahad. Kadang2 kesian jugak kt mereka. Tapi apakan daya, kami sebagai 

Production Control Exec hanya menjalankan tugas. Tugas utama kami adalah

100% meet delivery instruction from customer. Buat lah macam2 kt production tu,

asalkan deliveru 100% meet.



p/s: Terpikir jugak, jual wire harnes set lengkap utk sebiji kereta baru rm2k. Baik 
jual kereta mcm tu. Sebiji dpt komisyen 1k++. Seminggu jual 1 biji ok la. Kaya budak2
Sales bandingkan budak2 kilang level Exec.




Sunday, February 17, 2013

Teringat-lah pulak,,


Ptg Ahad hanya melepak@duduk2 shj kt rumah. Nak keluar malas, pikirkan

semalam dah kuar. Rasanya semalam hampir seratus jugak duit habis. Huh...duit

macam air bila keluar. Dh la bulan ni tak ada customer. Ada customer pn, masih

pending document itu dan ini. Makan basic je la bulan ni. Buka nak mengeluh atau

apa, tapi hanya ingin meluahkan perasaan.


Biasanya petang kalau tak keluar, akan tidur sekejap. Biasanya layan lah jugak

satu, dua jam. Ambil kesempatan time cuti kan. Tp, ptg ni mata nakal, tak mahu

tidur. Jadi duduk lah depan t.v. Tekan2 channel utk tgk siaran mana yg best,

and lastly pilih channel Prima, coz tgk tajuk pn cm layan jugak. Tajuknya Cik

Paris Diva Kampung. Lakonan Liyana Jasmine, Elfira and ramai lagi. View

pengambaran conferm la kt kampung. Tepi pantai, ada pokok kelapa yg tinggi2.

Sebiji mcm area Pantai Timur, tp tak sure la betul atau tak. Jadi teringat lah

masa zaman belajar dulu kt UMT. Mana yg pernah belajar atau sampai ke

Terengganu mesti tahu view di sana mcm mana. Dan UMT terletak di kawasan

persisiran pantai, ada aktiviti pantai utk komuniti di kawasan itu. Then masa shoot

cerita itu, memang waktu petang. Area 3-5 ptg . On the sport teringat apa yg buat

pada waktu2 mcm itu masa belajar. Biasanya masa weekend (Jumaat dan Sabtu)

waktu mcm itu, akan berada di rumah shj. Kalau bosan pn, lepas Asar akn keluar

jln2 naik moto pusing2 kawasan kampung, duduk2 tepi pantai tgk ombak, main air

di gigi air, sambil bual2 @ merapu. Nk lg best, sambil makan kopok lekor. Memang

terbaikkkk la.



p/s: sesungguhnya zaman belajar adalah zaman paling best. Tak lama pn. 5 tahun
shj. Tapi dalam 5 tahun itu, sangat bermakna, mcm2 cerita ada.




Saturday, February 16, 2013

Musibah.


Semalam solat Jumaat di Taman Daya. Saje nk solat jauh sikit dr opis. Kalau tak

sebelum ini solat mesti di Dato' Onn. Jadi teringat la zaman masa jd marketiers

dulu. Kalau jmp customer kt Taman Daya, mst akan singgan di masjid tersebut

utk Zohor. Lps tu, akan tidur sekejap kt belakang masjid tu. Rehat dulu sementara

nak jumpa next customer.


Kali ini tajuk khutbah pasal musibah. Manusia akan berfikir macam2 bila dpt

musibah. Akan fikir Allah tu tak sayang la, tak tu la, macam2. Tapi aku sangat

tertarik dgn satu statement dr khutbah tu. Musibah akan meningkatkan iman dan

ketakwaan pada Maha Pencipta. Kalau dulu masa senang tak ingat sejadah dan

sebagainya, tapi bila ada musibah baru ingat itu semua. Hah, tu maknanya Allah

turunkan musibah utk tambahkab ketakwaan dan keimanan manusia tersebut.

Kadang-kala kesengan itu juga merupakan suatu musibah. Bila senang dikhuatiri

akan banyak perkara dosa yg akan buat. Jadi bila senang, beringatlah. Elakkan

kesenangan tu menjadi musibah. Biar kesenagan tu menjadi suatu rahmat. Contoh

kesenagan, dpt rumah yg lagi selesa. Bila rumah selesa tempat solat pn jadi selesa.

Kekhusyukan solat pn boleh ditingkatkan. Sesungguhnya yg baik itu dtg dari Allah,

dan sebaliknya datang dari kita. Setiap musibah berlaku pasti ada rahmatnya.

Allah lebih tahu segala-galanya dari kita..



p/s: Tak jumpa pn bebudak MBSB masa kt masjid semalam..





Thursday, February 14, 2013

Lori


Sejak Jimmy kerja sebagai Production Control di salah sebuah kilang wire

harness kenderaan, banyak perkara yg dia belajar. Salah satunya pasal lori. Ye

kenderaan bertayar 4, kadang-kala boleh jadi smp 10, berbadan besar, berhabuk,

asap hitam dll. Macam2 anggapan org bila cerita pasal lori. Kalau dulu keluar

berita di TV pasal tetapan masa utk lori di atas jln raya, psti Jimmy akan buat tak

tahu. Ye la buat apa nak ambil tahu, bukan ada kene mengena pn. Tapi, lain pula

sekarang ini.


Jimmy perlu ambil tahu dan peka terhadap jadual perjalanan lori, terutama lori besar

di jalan2 raya. Contoh pada Raya Puasa, lori besar tidak dibenarkan berada di jalan

raya pada 2 atau 3 hari sebelum menjelang perayaan tersebut. Dan juga pada 1 atau 2

hari sebelum budak2 sekolah habis cuti. Jadi tugas Jimmy, perlu arrange perjalanan

lori. Perlu pastikan wire mesti sampai pada customer (nak jaga buffer stock customer

supaya tak lebih dan tak kurang), dan juga mengikut tetapan masa perjalanan yg

di keluarkan oleh pihak berkuasa. Suatu tugas yg amat mencabar, kerana sebelum ini

dah biasa dgn jadual yg sedia ada. Tapi bila adanya cuti perayaan, pasti kepala Jimmy

sakit.



p/s: Akan datang ada 3 model baru HONDA. Model Accord(2GA), CRV(2WS)
dan Jazz(2PA). Benda baru, production mesti slow.Tp customer hantar DI tak
teragak2 banyaknya....huhu..challange!!!





Tuesday, February 12, 2013

customer.


Pagi tadi, bapak Riduan tny dia, "Wan, cuti2 ni tak jumpa customer ke?"

Dlm hati Riduan berkata 'cmne nak jumpa, dh seminggu call tak masuk2'

"Aaaa..cuti la abah, jd diorang pn cuti la" kalis Riduan..



p/s: seorang bapak yg prihatin terhadap kerja freelance anak dia.





RM500


Sekarang tgh musim orang collect rm500 dr kerajaaan (BR1M). Bg mereka yg

berpendapatan sederhana sangat menghargai pemberian rm500. Dgn rm500

mcm2 mereka boleh buat. Mana yg road tax kereta dh mati, mereka boleh gunakan

duit ini utk renew. Ye la awal tahunkan, duit mesti dh habis utk kelengkapan anak

sekolah. Nak tunggu duit bonus, mungkin sesetengah company suku tahun pertama

baru bg. Jd sangat lah berguna duit rm500 bg mereka yg memerlukan.


Tapi bg golongan yg berada, golongan yg berkepok, golongan yg walletnya

penuh dgn not 50 dan 100 akan senyum sinis shj. Mereka tak pernah fikir pd

golongan bawah. Kalau golongan bawah ini tak beli product barang mereka,

mereka tak kan kaya. Tak kan merasa not 50 dan seratus tebal dalam wallet.

Jd bertimbang rasa la dan cuba selami perasaan golongan bawahan. Sekali

sekala jenguk2 la golongan seperti itu.


p/s: rezeki yg murah sekelip mata boleh disempitkan. Jd beringat la selalu.
rezeki lebih kongsi2 la, kerana rezeki itu dtg dari pemberi yg sama..






Monday, February 11, 2013

Cuti 4 hari..



Diam tak diam cuti 4 hari dah nak habis. Esok last cuti sebelum Kamal start kerja.

Selama 4 hari cuti Kamal tak keluar mana2 pn. Kalo keluar pn, pergi bandar JB.

Tu pn keluar dgn sedara dia. Pergi Bazar Karat. Cuci mata. Nak keluar dgn bakal

isteri, balik kampung nun jauh di Gong Tok Nasek. Time ni la Kamal berpeluang

keluar dgn org lain selain bakal isteri dia. Kalo tak, bak kata org T'ganu sokmo

menepek. Bukan rimas atau bosan, tp nak juga ada kelainan sekali sekala.


Cuit ni jugak, Kamal sempat jugak check engine kereta. Bersihkan taik2 minyak,

spray clear kt enjin nk bg kilat and nampak baru walaupun kereta lama yg berusia

 lapan  tahun. Kalau cuti biasa memang tak sempat. Sabtu pagi smp tgh hari kemas

rumah. Lps tu keluar jumpa buah hati. Hari Ahad bersihkan kereta (bhgn engine

memang tak sentuh), dan rehat2. Kalau ada jumpa customer, memang tak ada la

waktu rehat.

            Bersih tak? Basuh kt car wash pn belum tentu jd cmni.


Nak pergi bercuti, kenangkan duit poket and duit kawin. Keluar bandar mcm tu je

habis RM50. Duit2, keluar mcm air. 


Jd aktiviti Kamal cuti selama 4 hari hanya keluar bandar dgn sedara dia and cuci2

kereta.




p/s: dpt tahu ada kawan abh nk jual rumah rm60k (tiga bilik) area Kota 
Masai, terus capai kunci kereta nak pergi tengok. Nak jual pn harga Rm60k,
jd ok la dgn saiz rumah tu. Confident level nak beli memang ada. 1st, utk 10%
downpayment dh ada. 2nd dekat dgn tempat kerja bakal wife...






Monday, February 4, 2013

Masa..



Sejak Daud kerja, susah betul nak meluahkan perasaan kt 'buah hatinya'. Nak

bagi jari2 menari atas keybord pn susah. Balik dh pukul 7 atau 8 malam.

Solat semua, makan and baca surat khabar. Memang tak ada masa..huhu..