Pendapat@perasaan yg ingin diluahkan tanpa sempadan dan segan silu...
Saturday, February 16, 2013
Musibah.
Semalam solat Jumaat di Taman Daya. Saje nk solat jauh sikit dr opis. Kalau tak
sebelum ini solat mesti di Dato' Onn. Jadi teringat la zaman masa jd marketiers
dulu. Kalau jmp customer kt Taman Daya, mst akan singgan di masjid tersebut
utk Zohor. Lps tu, akan tidur sekejap kt belakang masjid tu. Rehat dulu sementara
nak jumpa next customer.
Kali ini tajuk khutbah pasal musibah. Manusia akan berfikir macam2 bila dpt
musibah. Akan fikir Allah tu tak sayang la, tak tu la, macam2. Tapi aku sangat
tertarik dgn satu statement dr khutbah tu. Musibah akan meningkatkan iman dan
ketakwaan pada Maha Pencipta. Kalau dulu masa senang tak ingat sejadah dan
sebagainya, tapi bila ada musibah baru ingat itu semua. Hah, tu maknanya Allah
turunkan musibah utk tambahkab ketakwaan dan keimanan manusia tersebut.
Kadang-kala kesengan itu juga merupakan suatu musibah. Bila senang dikhuatiri
akan banyak perkara dosa yg akan buat. Jadi bila senang, beringatlah. Elakkan
kesenangan tu menjadi musibah. Biar kesenagan tu menjadi suatu rahmat. Contoh
kesenagan, dpt rumah yg lagi selesa. Bila rumah selesa tempat solat pn jadi selesa.
Kekhusyukan solat pn boleh ditingkatkan. Sesungguhnya yg baik itu dtg dari Allah,
dan sebaliknya datang dari kita. Setiap musibah berlaku pasti ada rahmatnya.
Allah lebih tahu segala-galanya dari kita..
p/s: Tak jumpa pn bebudak MBSB masa kt masjid semalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment