Pendapat@perasaan yg ingin diluahkan tanpa sempadan dan segan silu...
Thursday, February 14, 2013
Lori
Sejak Jimmy kerja sebagai Production Control di salah sebuah kilang wire
harness kenderaan, banyak perkara yg dia belajar. Salah satunya pasal lori. Ye
kenderaan bertayar 4, kadang-kala boleh jadi smp 10, berbadan besar, berhabuk,
asap hitam dll. Macam2 anggapan org bila cerita pasal lori. Kalau dulu keluar
berita di TV pasal tetapan masa utk lori di atas jln raya, psti Jimmy akan buat tak
tahu. Ye la buat apa nak ambil tahu, bukan ada kene mengena pn. Tapi, lain pula
sekarang ini.
Jimmy perlu ambil tahu dan peka terhadap jadual perjalanan lori, terutama lori besar
di jalan2 raya. Contoh pada Raya Puasa, lori besar tidak dibenarkan berada di jalan
raya pada 2 atau 3 hari sebelum menjelang perayaan tersebut. Dan juga pada 1 atau 2
hari sebelum budak2 sekolah habis cuti. Jadi tugas Jimmy, perlu arrange perjalanan
lori. Perlu pastikan wire mesti sampai pada customer (nak jaga buffer stock customer
supaya tak lebih dan tak kurang), dan juga mengikut tetapan masa perjalanan yg
di keluarkan oleh pihak berkuasa. Suatu tugas yg amat mencabar, kerana sebelum ini
dah biasa dgn jadual yg sedia ada. Tapi bila adanya cuti perayaan, pasti kepala Jimmy
sakit.
p/s: Akan datang ada 3 model baru HONDA. Model Accord(2GA), CRV(2WS)
dan Jazz(2PA). Benda baru, production mesti slow.Tp customer hantar DI tak
teragak2 banyaknya....huhu..challange!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment