Monday, February 27, 2017

Fuhhh..bersarang berhabuk blog aku ni..

Assalam..lama betul aku tak update dlm blog ni. Jap lg aku update ye..

Friday, September 18, 2015

Owh rumah ku~~~

Insya-ALLAH, kalau tiada aral melintang bulan Oct ini ambil kunci rumah baru..perasaan???
of course la seronok, dan bersyukur..rumah sendiri tu..hehe

Location: Tmn Scientex, Pasir Gudang...dan isteri ku....ok la. As long rumah sendiri, bukan sewa lg (sangat supportive).

So utk ambil kunci, aku perlu sediakan rm300. Itu pn utk duit TNB. Manakala SAJ, waive..at the same time akan terima redeem cheque bernilai rm9.6k (belum deduct interest disebabkan bank lambat byr pd developer). Tp aq rse nilai redeem cheque tu akan berkurangan of claim from developer...then duit tersebut aku akan gunakan utk renovet dapur..(redeem cheque plus bonus kerja).

Nak masuk rumah baru ni, macam2 perlu difikirkan, disediakan. Bermula dr quotation renovet dapur smp la aku pindah..Bila nk start renovet, nk pilih material, colour kitchen cabinet, tema colour apa (isteri aku pilih, aku hanya mengiya kan shj), bila nk star cat, basuh, pasang langsir, masuk barang semua.....fuhhh, letih..huhu....memandangkan kami suami isteri yg bekerja, jd proper plan diperlukan bg mengelak keadaan yg kelam kabut...



P/s: harga rumah makin hari makin melambung..ntah cmne zaman anak aku nnt..huhu

Thursday, August 20, 2015

Kerja night shift.

Yeahhh..ni la 1st kerja aku yg memerlukan aku utk kerja mlm.
Best ke kerja mlm?
Jawapannya mst best, cz bos x kacau.
Cuma tak tahan ngantuk (cz siang susah nk tido), dan kesian ank isteri kene tinggal mlm2 kt umah..huhu..


P/s: Now kerja kat kilang buat aluminum ingot. Dah x kerja kt Jk Wire. Berapa lama tahan agknya aku kt sini...>>>???

Thursday, June 11, 2015

Dh lama tak update blog..

Assalamualaikum...

Fuhhhhhyohhhhhh~~~~!!!!
Dh setahun sembilan bulan aku tak update blog sendiri.
Ye, pelbagai cerita menarik, sedih, confius telah berlaku selama ini.

Now tgh study utk re-seat exam TBE by today.
Moga kali ini past, utk kembangkan lg kerjaya aku.

Aminnn~~~


p/s: sekali exam rm80. dua kali exam dh rm160..hehe

Sunday, December 29, 2013

Penghujung tahun dua kosong satu tiga.


Ya..diam tak diam, bangun tido mkn kerja sehingga tido semula, kita sudah

berada dipenghujung tahun 2013. Mcm2 cerita suka duka berlaku sepanjang

2013. Ada cerita yg aku ingat, ada cerita yg aku dah lupa. Biasa la lelaki,

autosave kureeeeeng berbanding wanita.


Dan tahun 2013, tahun akhir bg zaman bujang aku. tahun dpn insya-allah aku

akan melangsungkan perkahwinan. Bercakap mengenai perkahwinan, mcm2

nk difikirkan. Buat itu, buat ini, beli itu, beli ini. Kalau nk dicerita bab kahwin

memang tak cukup page ni, agaknya satu jam pn belum tentu habis taip.


Dan pada tahun ini juga, dgn beraninya aku telah apply loan rumah, sebanyak

tiga kali. Yg first timetu reject, cz rumah market price below rm100k. Second

time, loan approve (loan CIMB, BLR minus 1.9%) utk rumah second berharga

rm170k. Tp setelah dibincang dgn family aku, mereka tak bersetuju cz design

dalaman sama mcm rumah skrg ni. Lastly, cari punya cari, pusing punya pusing,

akhirnya family aku berkenan dgn rumah baru. Tny developer rumah tersebut siap

2015. Apa lg, submit document la utk tahu lulus ke tak. Hope yg ni lulus la.


Yg kurengggg menariknya 2013 nie, niat utk kekal lama dgn kerja skrg tak ada.

Reasonnya....biarla aku sorang yg tahu. Ada silap aku, ada jugak silap majikan.

Fair and square la. Apa lg, update resume and tebar resume. Taget kali ni, bank

la, buat sales balik. Reason kenapa joint bank semula ada la, masa. Org sale,

masa sangat flexsible. Tp bila tak archive target, memang sakit la, kene tiow dgn

bos.


Selain itu, yg kureng menariknya jugak tahun nie aku excident moto. Sudah tiga

kali woooo. Accident disebabkan langgar lubang besar. Moto tak la rosak

sangat, cuma sport rim belakang bengkok, cover set calar2 sikit and kepala

lampu dpn pecah sikit, tapi masih boleh pakai.


So utk tahun 2014, masa utk full throtle kumpul duit nk kawin. Tinggal lg

enam bulan. At the same time kene kuatkan lg tebar resume. Ni je la

perancangan aku utk awal tahun depan ni...



p/s: buku lama tutup, buku baru bukak. Umpama diari lama dibuang,
diari baru dibuka.







Thursday, October 31, 2013

Thursday, October 17, 2013

Beli rumah (bhgn 4)


Membe aku call pagi tadi, bg tahu bank tak bg buat loan rumah tu.

Cz rumah tu market value below rm100k. Bank skrg ni nk bg loan rumah

untuk harga rm100k ke atas punya market value. Agak frust jugak la tak dapat,

cz rumah tu dh full renovate. Tinggal masuk cuci kaki shj. Share jgk perkara

ni dgn Cik Tunang tersayang, dia pn frust jgk. Sape tak nak dpt rumah dh full

furnished.


So aku bincang la dgn membe aku tu, dia cakap akan carikan rumah lain.

Dia ada mention jugak rumah area Tmn Scientex or Taman Mawar. Bg aku

tak kisah la, yg penting dpt rumah sebelum kawin. Dan bakal rumah aku tu,

mesti menepati citarasa cik tunang. Kalau tak, mahu bising jugak nnt.



p/s: esok try call membe aku, tny cmne rumah tu, kot2 boleh adjust ke bg

market value rm100k....