Sunday, December 29, 2013

Penghujung tahun dua kosong satu tiga.


Ya..diam tak diam, bangun tido mkn kerja sehingga tido semula, kita sudah

berada dipenghujung tahun 2013. Mcm2 cerita suka duka berlaku sepanjang

2013. Ada cerita yg aku ingat, ada cerita yg aku dah lupa. Biasa la lelaki,

autosave kureeeeeng berbanding wanita.


Dan tahun 2013, tahun akhir bg zaman bujang aku. tahun dpn insya-allah aku

akan melangsungkan perkahwinan. Bercakap mengenai perkahwinan, mcm2

nk difikirkan. Buat itu, buat ini, beli itu, beli ini. Kalau nk dicerita bab kahwin

memang tak cukup page ni, agaknya satu jam pn belum tentu habis taip.


Dan pada tahun ini juga, dgn beraninya aku telah apply loan rumah, sebanyak

tiga kali. Yg first timetu reject, cz rumah market price below rm100k. Second

time, loan approve (loan CIMB, BLR minus 1.9%) utk rumah second berharga

rm170k. Tp setelah dibincang dgn family aku, mereka tak bersetuju cz design

dalaman sama mcm rumah skrg ni. Lastly, cari punya cari, pusing punya pusing,

akhirnya family aku berkenan dgn rumah baru. Tny developer rumah tersebut siap

2015. Apa lg, submit document la utk tahu lulus ke tak. Hope yg ni lulus la.


Yg kurengggg menariknya 2013 nie, niat utk kekal lama dgn kerja skrg tak ada.

Reasonnya....biarla aku sorang yg tahu. Ada silap aku, ada jugak silap majikan.

Fair and square la. Apa lg, update resume and tebar resume. Taget kali ni, bank

la, buat sales balik. Reason kenapa joint bank semula ada la, masa. Org sale,

masa sangat flexsible. Tp bila tak archive target, memang sakit la, kene tiow dgn

bos.


Selain itu, yg kureng menariknya jugak tahun nie aku excident moto. Sudah tiga

kali woooo. Accident disebabkan langgar lubang besar. Moto tak la rosak

sangat, cuma sport rim belakang bengkok, cover set calar2 sikit and kepala

lampu dpn pecah sikit, tapi masih boleh pakai.


So utk tahun 2014, masa utk full throtle kumpul duit nk kawin. Tinggal lg

enam bulan. At the same time kene kuatkan lg tebar resume. Ni je la

perancangan aku utk awal tahun depan ni...



p/s: buku lama tutup, buku baru bukak. Umpama diari lama dibuang,
diari baru dibuka.







Thursday, October 31, 2013

Thursday, October 17, 2013

Beli rumah (bhgn 4)


Membe aku call pagi tadi, bg tahu bank tak bg buat loan rumah tu.

Cz rumah tu market value below rm100k. Bank skrg ni nk bg loan rumah

untuk harga rm100k ke atas punya market value. Agak frust jugak la tak dapat,

cz rumah tu dh full renovate. Tinggal masuk cuci kaki shj. Share jgk perkara

ni dgn Cik Tunang tersayang, dia pn frust jgk. Sape tak nak dpt rumah dh full

furnished.


So aku bincang la dgn membe aku tu, dia cakap akan carikan rumah lain.

Dia ada mention jugak rumah area Tmn Scientex or Taman Mawar. Bg aku

tak kisah la, yg penting dpt rumah sebelum kawin. Dan bakal rumah aku tu,

mesti menepati citarasa cik tunang. Kalau tak, mahu bising jugak nnt.



p/s: esok try call membe aku, tny cmne rumah tu, kot2 boleh adjust ke bg

market value rm100k....




Sunday, October 13, 2013

it is marketing situation.


Dlm minggu ni diri ku sangat stress dgn kerja. Disebabkabkan oleh

delivery tak lepas atau dgn kata lain delivery tak ikut schedule

dari customer (effect KPI aku nnt). Terpaksa stay smp jam 4pagi

utk lepaskan delivery. Hari biasa terpaksa stay kt kilang smp jam 8

mlm utk handle production, effect kerja office aku bnyk tangguh

and simple mistake was happen to me. Jadi, bos selalu bising. Fikir

production, fikir bos memang kene kental minda ini.


Sampai satu tahap, rasa nk benti kerja skrg and joint marketing semula.

Baru dua tiga hari fikir nk benti kerja, tiba2 ada customer nk buat

personal loan dgn aku. Alhamdulillah. Rezeki. Ni la dinamakan marketing.

Yes, mungkin ini bukan fizikal marketing, but its subconcious marketing.

Bila hari2 fikir utk marketing..marketing..marketing with in the end of

feeling have one confident to succes (in dream, early morning wake from

sleeping, have mood to succes in business, going work with smile - its

one of positive action) insya-allah rezeki murah. Tp dgn niat yg betul braderr.


So esok nak jumpa customer...CONFIDENT..CONFIDENT..CONFIDENT!




p/s: dah lama tak jumpa customer...alahai~~~~~







Sunday, September 29, 2013

Beli rumah (bhgn 3)


Document semua dah submit. So aku dh decide nk try masuk loan rumah

harga RM105,000. (Try nego dgn membe aku dari harga rumah tu

RM110,000 ke RM105,000, hope lps la nego aku tu.) Yuran guaman

antara pembeli (iaitu aku) dgn bank (bank BSN) wave, bermakna free.

Cuma perlu bayar yuran guaman antara pembeli (iaitu aku) dgn owner

rumah tersebut.


Mcm biasa, kene 10% downpayment. Bermakna RM10,500 aku perlu

keluarkan dari saving akaun atau akaun ke-2 EPF. Akaun ke-2 EPF aku

baru ada RM6 000. Sekiranya nak keluarkan semua  duit EPF akaun ke-2

aku, masih tak cukup lagi. Perlu topup RM4,500 utk lepaskan downpayment

10% tu. Tp aku tak nak keluarkan duit saving (cz nk pakai utk kahwin), so

the solution, aku mintak membe aku mark-up loan dr RM105,000 ke

RM115,000 utk lps kn 10% down payment tu. Calculation mcm ini:

       1st step:        10% * RM115,000 = RM11,500
       2nd step:       RM11,500-RM10,000 = RM1,500

Bermakna aku perlu tambah RM1500 shj utk jadikan RM11,500 as

downpayment utk harga mark-up RM115,000,


Second solution, try masuk loan 100% dr harga rumah tp tak conferm

approve la.  


p/s: ragam beli rumah 2nd..




       

           

Thursday, September 26, 2013

Beli rumah (bhgn 2)


Td membe aku yg jaga mortgage call, bg tahu ada rumah nk jual area Kota

Masai. Harga nk jual RM110k. Spec rumah 16ft sq X 65ft sq, double

story, 3bilik tidur, 2 bilik air, tiles dr parking smp dapur dan tingkat atas

termasuk bilik tiles, cornish, auto gate, kitchen cabinet, air cond bilik. Gambar seperti di

bawah:













Dan aku punya bank statement 3bulan pn dh ada. Tinggal nk submit document

lain.



p/s: Sabtu ni, nk bawak si tunang tgk rumah. Hope dia satisfied la...




Wednesday, September 25, 2013

Beli rumah (bhgn 1)


Semalam aku ada usha2 rumah kt mudah.com. Saje usha2. Boring tak 

tahu apa nk bukak kt internet ni. Tp semalam ntah kenapa intention aku

nk beli rumah sangat kuat. Sebelum ni, biasa2 je bila tgk rumah2 kt 

mudah.com. So aku bukak facebook dgn harapan membe aku yg jaga

mortgage kt MBSB online. Alhamdulillah, memang dia sedang online. 

So apa lg, aku terus bertanyakan psl niat aku nk beli rumah. 1stly aku 

inform dgn dia aku dh ada 10% saving aku utk buat downpayment beli

rumah. Aku ckp dgn dia nk rumah bwh rm150K, dan inform gaji aku 

rm2500/month. Dia ckp loan aku lps dgn tangga gaji tue. Siap dia bg tahu

document apa nk disediakan. Antara documentnya:


  -i- Salinan i.c
  -ii- Surat pengesahan jawatan
  -iii-Slip gaji 3bln yg latest
  -iv- Bank statement 3bln (bank yg mana gaji di masukkan)
  -v- E.A form (majikan)
  -vi- EPF
  -vii- Geran rumah (cz aku nk beli rumah 2nd)
  -viii- SPA form


Tapi aku ada masalah utk dapatkan beberapa document seperti EA form, 

bank statement 3bln dan SPA. So solutionnya, bank satement 3bln tu, 

membe aku settlekan (cz ada membe dia kerja dgn RHB), SPA form

lowyer settlekan dan EA form, bg kemudian. 


Aku terus bukak citer psl interest dan bank mana nk masuk loan.

Interest minus 2.2%, bermakna 4.4% interest cz BLR masih lg 6.6%.

Dan bank utk masuk loan adalah BSN, tenure aku tak tanya berapa

tahun. Kawasan target aku adalah area Pasir Gudang dan rumah adalah

jenis terrace bukak 20sq x 70sq. 


Tadi masa aku tgh kerja, membe aku call bg tahu ada rumah nk jual

area Kota Masai double story bukak 16sq X 65sq. Dia janji akan 

ambil gambar dan send kt aku utk tgk rumah tu ok or tak. Tp aku lg

prefer utk tgk dgn mata kepala aku sendiri condition rumah tu, so decide

Sabtu ni nak pergi tgk rumah tu dgn tunang aku.


Utk documentation Jumaat ni akan submit pd membe aku. Yg paling best

tak yah CTC (certified true copy)... terbaikkkk..


So setakat ni shj bhgn 1. Next, aku akan update step mcm mana nk beli

rumah utk golongan yg 1st time nk beli rumah mcm aku ni..


Sekian..




p/s: hope Jumaat and Sabtu ni boleh balik awal...







Thursday, August 15, 2013

Dua darjat.



Mewah dan tidak mewah. Dua darjat yg berlainan. RM5000, bagi yg mewah biasa shj.

Setiap bulan mereka boleh dpt. Berbanding golongan biasa, yg bergaji tak sampai pn

RM5000 sebulan. Bagi golongan ini, mereka sanggup utk buat pinjaman dgn institusi

kewangan, bagi mendapatkan RM5000 tersebut. Bila pinjaman mereka lulus, satu

kesyukuran bagi mereka. Mereka sangat menilai dgn angka duit RM5000 tersebut.

Dengan RM5000 tersebut, mereka sangat berjimat dlm penggunaan wang tersebut.

Guna bila masa terdesak. Ye la, utk mendapat kelulusan dr institusi kewangan bukan

mudah. Terutama yg bekerja di sektor perkilangan dgn jawatan sebagai operator kilang,

yg majoriti gaji hanya RM1200 sebulan termasuk kerja lebih masa.


Tapi tak semua golongan mewah tak bersyukur atau tak beringat bila gaji mereka

mencecah ke angka 5000. Contohnya golongan sales or marketing. Kadangkala

gaji mereka hanya cukup2 makan. Tapi bila rezeki mencurah, boleh sampai 5 angka

punya gaji. Tapi zaman sekarang ini, gaji RM5000 boleh diangggap biasa. Bayaran

kereta rumah boleh dikatakan RM2500. Mana yg mempunya anak kecil, kos lampin

patrol, tol dan yg lain2.


Kesinpulannnya, terpulang pada setiap individu utk menggayakan Rm5000 tersebut

macam mana. Tepuk dada tny selera.





p/s: pusingn duit sangat berbeza.....



Wednesday, August 7, 2013

Raya 2013.



Buka puasa lauk ikan,
Selamat hari raya ku ucapkan.

Ikan dibeli di kedai Tom & Jerry,
Ku susun sepuluh jari.

Tom & Jerry nk pasang pelita,
Ampun maaf aku pinta.

Pelita dipasang utk raya selamanya,
Mintak halal makan minum semuanya.

Pagi raya makan kek cawan,
0-0 ye kawan-kawan..


Regards,
-Epul-




Wednesday, July 31, 2013

Sudah lama.



Sudah lama aku tak bercontengan di sini...Hahaha..

Ya..sibuk dgn komitment kerja, masa senggang pn makin kurang..

Live  sekarang???

So far alhamdulillah. Makin sibuk di tempat kerja, makin banyak task,

challenge pn makin mantap, otak pn makin bekerja dgn kuat.

Rezeki pn makin murah..Alhamdulillah..

Sepanjang penyepian diri dari bercontengan di sini, banyak benda yg dipelajari.

Berkaitan hidup, cara berfikir, berkomunikasi, motivasi, ibadah, mcm2 lg la.

Dari diri ini tak tahu, menjadi tahu. dari yg tahu menjadi semakin tahu.

Dan..........................................................................................................



p/s: to be continue..



Sunday, July 21, 2013

berhabuk.

wooooowwww....sudah lama aku tak tulis entry kat sini..
welcomeeeeee..

Sunday, April 14, 2013

Gaji lima angka.


Dah lama 'tuan badan' tak rasa gaji 5 angka per month.

Came on my soul, my body, my mind set, my  sub-conscious mind to get it!!!


p/s: ada misi, tp tak ada action pn tak guna jugak...




Sunday, April 7, 2013

Rezeki.



Rasanya dah seminggu telifon aku senyap dari panggilan customer nk buat

personal loan. Bermakna dah seminggu jugak personal loan aku tak jalan, even

marketing (through email UTM) dh buat. Tak pe la, mungkin rezeki belum sampai.

Mungkin rezeki akan datang lg banyak.


p/s: Cabaran seorang freelance marketier. Even nak consistent income setiap bulan
      atleast rm1k pn susah. Bila keadaan mcm ini, motivasi yg tinggi sangat2 perlu,
      bg mengelakkan diri down...







Sunday, March 31, 2013

Bernafas.


Manusia sentiasa bernafas. Sedut oksigen keluarkan karbon dioksida. Tapi

pernahkah kita terfikir, apa kebaikan yg kita lakukan di muka bumi ini hasil

daripada kita bernafas setiap detik?


Adakah kita melakukan dosa atau pahala dari setiap udara yg kita sedut?


Kalau Allah tu jahat, Allah tak bagi kepada manusia yg buat dosa  sedut udara

yg Allah cipta. Biar mati manusia itu. Tapi Allah baik, dia bagi peluang dan ruang

kepada manusia yg berdosa utk taubat, masih bg lagi udara utk bernafas, utk berfikir.


p/s:  Mungkin kepada pembaca yg baca artikel di atas akan berfikir, artikel yg
       kosong. Artikel yg mudah di dapati dr mana2 blog. Tapi difikirkan secara
       mendalam, ada makna yg besar.. Udara adalah asas kehidupan. Bila kita tak
       berpeluang menyedut udara, bermakna kita dah di alam lain.
       Bersediakah kita utk ke alam lain?
       Jika belum, ambillah kesempatan hasil dari udara yg kita sedut setiap hari
       utk menyediakan diri kita ke alam lain..(juga ingatan kepada penulis sendiri)



Tuesday, March 26, 2013

Case..



Huh..2 case pun susah betul nak approved. Dah almost 2 bulan, case customer

aku tak approve. Paling bengang bila dpt tahu opsyen letter yg o.k boleh jd tak

o.k. Dah 2 bulan baru nak update. Ni kalau mintak, perlu mintak dgn slip gaji

bulan March sekali. Adoiiiii....


Lagi 1 case, tak habis2 dgn areas settlement. Dh bagi surat pn, tak settle2 lagi.

Dah la process lama. Ni la yg buat kan aku down nak buat marketing. Nanti

bila ada case, lambat pulak process. Buat tambah dosa dgn customer shj.

Dua2 customer ni dah dok kejar aku shj. Pening jadinya. Lagi2 bila tgh

serabut dgn production, ade customer call. Memang aku tak angkat. Nant

dh balik waktu kerja baru aku call semula. Hah mase tu, memang telinga aku

ni jd tempat lepaskan tekanan customer. Ngamuk dh 2 bulan tak ade progress.

Dh la dgn badan penat kerja sepanjang hari. Memang telinga ni redho je la

kene sound dgn customer.


Tapi bila fikirkan nak kawin (perlu pakai bnyk duit) perlu jugak buat MBSB ni.

Nak harapkan duit gaji as Production Control ape la sangat. Bulan2 pn baru dpt

simpan 700. Setahun baru 8400. 2 tahun baru 16800.


Kalau ade duit komisyen MBSB, dpt la aku simpan lebih sikit dlm ASB tu. Perlu

letak banchmarking utk diri aku. "NAK KAWIN, PERLU KUAT KERJA"

Anggapla cabaran yg ada ni sebagi batu loncatan utk berjaya dlm 2-2 bidang

yg aku ceburi sekarang. Sebagai Production Control and at the same time sebagai

Marketing Personal Financing-islamic.




p/s:  Bukan senang ye buat dua kerja dalam satu masa. Paling challenge ialah masa
       dan tenaga. Ada masa, tp tenaga tak ada. Ada tenaga tp masa tak ada. Badan
       ni tak boleh force sangat. Nak force sikit boleh la. Nak pakai lama badan ni.
       Usia badan baru 25tahun.




Tuesday, March 19, 2013

Balancing wire.


Esok wire 2QZ VTI-L (Honda Accord 2.0), lot 10 nak keluar. Tp challenge,

wire ballancing dr C&C tak siap lg. Td jumpa Goh tny psl wire ballancing esok

pagi before 10am boleh naik tak, tp dia ckp tak boleh janji, cz semalam ptg baru

isu. Then td pergi C&C dept, masih bnyk lagi wire tak siap. Baru siap cut, belum

crimping lagi.


Td bincang dgn Exec Assy boleh ke wire siap dr C&C esok. Dia ckp cm tak boleh.

Aku pn sama jugak fikir cm tu. In happen pn tgk je la esok cmne. Esok pagi2, lps

morning briefing, kene terus pergi C&C. Tgk area balancing bnyk lg tak wire belum

siap..



p/s: Td Mr Goh dh shoot email. Siap cc kt GM lg pasal request top urgent
      ballancing wire. Lps ni perlu planning semula psl balancing wire. Perlu
      tgk mana yg wire lg 1 minggu keluar check sekali ballancing wire.






Sunday, March 17, 2013

Esok Isnin.



Hari ni Hari Ahad. Maknanya esok dah Isnin. Mcm biasa rutin harian bangun


seawal 4.45pg selesaikan kerja2 rumah sebelum pergi kerja. Dan esok jadual


kerja nampak padat, rasanya macam perlu o.t shj...huh..malas betul nak o.t....





  1. Key-in DO dlm FGM report.
  2. Key-in WIP result Feb'13 (boss dah highlight mase Morning Friday)
  3. Follow-up 2HC and 2WS cutting week 09 ( perlu kejar C&C nk wire)
  4. Review planning April'13( see forecast email last Friday).
  5. Discuss with Assy Dept about planning 2WR (4 sets) and 2PU (29 sets).
  6. Discuss about out-put, balancing wire (come 1st to 100% DI customer)
  7. SL for packing data in FGM report (with Hakimi-san)
  8. SL for item lot location (check 100% finish or not).
  9. Polycase schedule.
  10. Follow-up production.

p/s: Huh...kerja smp mlm la gayanya...


Thursday, March 14, 2013

Kepala sakit.



Huh...dua org customer pending approval. Total rm184,000 equal to

                 commision rm1840. Banyak tu jumlahnya. Campur gaji kilang rm2150

sama dgn rm3990. Makan besar gamaknya. Tapi the problems is still

                pending approval. Semua document dh lengkap. Ada yg tu last mereka

checking on 5March2013. Hari ni dh 14March 2013. Seminggu lebih tak 

                 ada movement. Sakit hati bila check kt WAPS. Customer dh berharap

sesangat duit cpt dpt. Kesian kt customer tu. 'Insan ini' dpt rasakan bertapa

                 sakit hati customer tu. Sedangkan tunggu approval loan kereta dr bank

seminggu 'insan ini' dh panas bontot, apa lg yg terpaksa tunggu sampai satu

                hingga 2 bulan. Moga process di sana dipercepat..




P/S: Sometimes bila leadaan mcm ni, malas pulak nk buat marketing. Betul, customer 
       senang dapat, tapi nk puaskan hati mereka sangat susah.




Wednesday, March 13, 2013

Training Development Programm



Training Development Programme (TDP). Ya minggu ini bermula

                11 March 2013 hingga 15 March 2013 'insan ini' telah mengikuti

training tersebut. Training yg khusus utk pekerja2 baru seperti 'insan

                ini'. Banyak ilmu dan pengetahuan yg dpt dari training tersebut. Antara

-nya graf utk kerja seharian yg urgent dan important. Selain itu tatacara 

                makan dgn customer. Dulu masa kerja Marketing Exec tak ada pulak

training mcm ini, walhal jawatan tu everyday akn jumpa customer,

                makan dgn customer and etc. Dan melalui training ini jugak, baru tahu 

betapa banyak lagi perkara yg belum 'insan ini' tahu mengenai company,

                malah tidak keterlaluan jugak mengenai department sendiri. Terasa 

tercabar jugak diri ini, cz joint company ini atas tiket experience kerja 

               selama dua tahun sebagai Department Head Trainee dan Marketing

Exec. Tp dh tiga bulan di company sekarang, masih ada ruang kosong 

              di kepala otak mengenai company sekarang. Tapi anyway berterima

kasih jugak kpd management bg peluang utk joint training ini, atleast 

             boleh penuhkan ruang kosong kepala otak dgn ilmu2 yg dpt. Thanx JK

Wire. Dan insan ini target utk atleast five to ten years stay di company ini

             utk collect more knowledge from them, before find new journey in life. Some

people can not stay long time in ones company. They must change to find 

           new spirit and fresh experience. Tapi harus ingat, jgn jadi mcm keluar mulut

buaya masuk mulut harimau.....







p/s: Spirit2 yg dpt sometimes boleh apply dlm freelance sekarang ini.."Kita mesti fikir 
       apa sumbangan kita pada company. Adakah berbaloi dgn gaji yg dibayar?
       Atau nak kami buat, bayar gaji ikut perkara yg kamu mampu buat shj?"

       Kalau mana yg kerja freelance, ayat terakhir memang kene. Kerana income
       kami berdasarkan usaha. Usaha lebih dpt income lebih la..




Saturday, March 9, 2013

Honda CR-V



Mungkin sesetengah orang dgr sahaja nama kenderaan ini boleh

         bayangkan prestasinya meluncur laju di jln raya. Dan mungkin juga

akan menelan air liur bila fikirkan instalment-nya.



         Bagi yg berpendapatan tinggi, tak jadi masalah utk memiliki kenderaan

ini. Apa ada hal, duit banyak. Pakai shj la. Kerja penat2, lbh 12 jam

        mesti nak sesuatu perkara atau benda yg berbaloi dgn usaha mereka.



CR-V kali ini didatangkan dgn variant 2.0. Dengan harga RM148,00. CR-V

              ini juga merupakan kenderaan CK-D (completely knocked down) iaitu

part2-nya datang dr negara asal kereta tersebut dan dipasang di Malaysia.

               Walaubagaimana pn, pd June nnt, variant 2.4 akan dilancarkan. Jadi

rakyat Malaysia boleh membuat pilihan utk variant yg mana. Kalau yg

               kemaruk sangat smp tak boleh nak tunggu bulan June, jd boleh la oder

utk variant 2.0



Mungkin ada yg tak tahu, komponent wire bg kenderaan ini datangnya

              dr Malaysia. Dan 'insan ini' salah seorang yg terlibat dlm membuat wire

harness utk model ini. Hari2 gegar CNC suruh cepat hantar wire ni ke

             production. Dan tugas 'insan ini' akan force production keluarkan out put

seperti yg ditetapkan. Kalau ikutkan, out put mesti 70qty per shift. Tapi

             hakikatnya, nk kejarkan satu lot punya qty pn dh ambil masa 3/4 shift.

Macam mana tu...Call-inn tiap bulan naik, tapi out put cm tu jugak..





p/s: huh...cabaran...





     

ilmu hari ini..

......----->>>\\\ Baru tahu clutch kereta pn ada minyak clutch and clutch filter..

Thursday, March 7, 2013

Farewell...


Hari yg memenatkan..

               


                 Habis kerja jam 6.20ptg. Pada hal, kerja tak habis lg tu, tp dh balik..

Kalau ikutkan hati mcm nk O.T cz Finished Goods Movement

                 records tak siap lagi, schedule polybox pn sama. Nak kejar CNC wire

cutting week 09 and 10..(ahhh..baru skrg sibuk nk O.T sejak 

               dua menjak  sales PF-i tak ada. Dulu masa ada, sombong tak nak O.T. 

Ye la O.T pn byr rm15 utk 1.5jam compare dgn komisyen PF-i 
               yg kadang2  boleh dpt rm1k utk 1 customer.)

                     
Berbalik pada cerita, so mlm ni tak O.T la cz ada farewell dinner

              Manager. Manager nk resign setelah bekerja hampir sebelas tahun. Masih

muda around 33++..huh tiba2 terfikir, "insan ni" berapa tahun boleh

             tahan ye. Tak pe la, kita tgk je la nnt.....




p/s: teringat kata Salleh, "Bro..org mcm kita kerja 7~8 tahun pastu belah

cari company baru"....





Sunday, March 3, 2013

Biru.




Sejak dah kerja kilang ni, macam2 dpt belajar dan lihat. Tiap2 pagi bila

masuk kawasan perindustrian, mata ni akan lihat suasana semua warna biru.

Dan kepala otak mula berfikir, kenapa org kerja kilang mostly uniform

mereka (baju+seluar) warna biru. Tak kisahlah biru laut ke, biru pekat ke.

Yang penting warna biru


Ada siapa boleh bagi jawapan??



Try jugak search kt bro google, tp jawapannya mcm tak confident-kan diri

ini. Alasannya, kebanyakan mesin di kilang warna biru.


p/s: Berapa tahun agaknya boleh tahan...





Sabahan.



Sekarang ni, media massa sibuk menyiarkan berita pasal penceroboh di Sabah.

Sedang sibuk tgk berita pasal Sabah kene ceroboh, tiba-tiba teringat kt En Halim

(MBSB). Dia sekarang jd RBR (Regional Business Representative) di Sabah. Dulu

dia jd RBR kt Southern Region before di-transfer ke Sabah. Dgr cerita if dia dpt

naikkan sale Sabah dlm masa 2 tahun and jd no. 1 region seluruh Malaysia, dia akan

di-transfer semula ke Semenanjung. Tapi biasalah khabar angin, kadang2 betul

kadang2 sebaliknya. Tapi kalau betul, mesti sekarang ni En Halim tengah pening.

Ye la Sabah kene serang, sekolah tutup. Jadi cikgu2 susah utk dapatkan sign

Pengetua atau Penolong Kanan sekolah. Dan encik2 Polis semua pun tgh sibuk

stand-by. If ada nk buat loan pn, mesti bos2 Polis tak nak sign kt borang BPA.

Anggota lain sibuk jaga keselamatan negara, anggota sorang ni pulak sibuk

mintak sign.



p/s: Deal dgn cikgu lagi senang compare dgn Polis. Cakap sekali terus faham.







Monday, February 25, 2013

Kaya..


Huh..setiap bulan order dari customer meningkat. Dr 3ribu menjadi 4ribu, 

kemudian menjadi 5ribu. Dgn production member sikit, memang mencabar

utk buat planning. Tak cukup dgn tu, customer mintak advance delivery. Kalau

ada buffer tak pe la, tp ini hanya cukup2 utk smp delivery instruction cusomer.

Bila planning dah cantik, tiba2 ada P.M berhenti or tak datang. Memang pening

kepala. Target out put mesti lari. Bad lock meningkat. Nak cover, terpaksa bukak

o.t sabtu ahad. Kadang2 kesian jugak kt mereka. Tapi apakan daya, kami sebagai 

Production Control Exec hanya menjalankan tugas. Tugas utama kami adalah

100% meet delivery instruction from customer. Buat lah macam2 kt production tu,

asalkan deliveru 100% meet.



p/s: Terpikir jugak, jual wire harnes set lengkap utk sebiji kereta baru rm2k. Baik 
jual kereta mcm tu. Sebiji dpt komisyen 1k++. Seminggu jual 1 biji ok la. Kaya budak2
Sales bandingkan budak2 kilang level Exec.




Sunday, February 17, 2013

Teringat-lah pulak,,


Ptg Ahad hanya melepak@duduk2 shj kt rumah. Nak keluar malas, pikirkan

semalam dah kuar. Rasanya semalam hampir seratus jugak duit habis. Huh...duit

macam air bila keluar. Dh la bulan ni tak ada customer. Ada customer pn, masih

pending document itu dan ini. Makan basic je la bulan ni. Buka nak mengeluh atau

apa, tapi hanya ingin meluahkan perasaan.


Biasanya petang kalau tak keluar, akan tidur sekejap. Biasanya layan lah jugak

satu, dua jam. Ambil kesempatan time cuti kan. Tp, ptg ni mata nakal, tak mahu

tidur. Jadi duduk lah depan t.v. Tekan2 channel utk tgk siaran mana yg best,

and lastly pilih channel Prima, coz tgk tajuk pn cm layan jugak. Tajuknya Cik

Paris Diva Kampung. Lakonan Liyana Jasmine, Elfira and ramai lagi. View

pengambaran conferm la kt kampung. Tepi pantai, ada pokok kelapa yg tinggi2.

Sebiji mcm area Pantai Timur, tp tak sure la betul atau tak. Jadi teringat lah

masa zaman belajar dulu kt UMT. Mana yg pernah belajar atau sampai ke

Terengganu mesti tahu view di sana mcm mana. Dan UMT terletak di kawasan

persisiran pantai, ada aktiviti pantai utk komuniti di kawasan itu. Then masa shoot

cerita itu, memang waktu petang. Area 3-5 ptg . On the sport teringat apa yg buat

pada waktu2 mcm itu masa belajar. Biasanya masa weekend (Jumaat dan Sabtu)

waktu mcm itu, akan berada di rumah shj. Kalau bosan pn, lepas Asar akn keluar

jln2 naik moto pusing2 kawasan kampung, duduk2 tepi pantai tgk ombak, main air

di gigi air, sambil bual2 @ merapu. Nk lg best, sambil makan kopok lekor. Memang

terbaikkkk la.



p/s: sesungguhnya zaman belajar adalah zaman paling best. Tak lama pn. 5 tahun
shj. Tapi dalam 5 tahun itu, sangat bermakna, mcm2 cerita ada.




Saturday, February 16, 2013

Musibah.


Semalam solat Jumaat di Taman Daya. Saje nk solat jauh sikit dr opis. Kalau tak

sebelum ini solat mesti di Dato' Onn. Jadi teringat la zaman masa jd marketiers

dulu. Kalau jmp customer kt Taman Daya, mst akan singgan di masjid tersebut

utk Zohor. Lps tu, akan tidur sekejap kt belakang masjid tu. Rehat dulu sementara

nak jumpa next customer.


Kali ini tajuk khutbah pasal musibah. Manusia akan berfikir macam2 bila dpt

musibah. Akan fikir Allah tu tak sayang la, tak tu la, macam2. Tapi aku sangat

tertarik dgn satu statement dr khutbah tu. Musibah akan meningkatkan iman dan

ketakwaan pada Maha Pencipta. Kalau dulu masa senang tak ingat sejadah dan

sebagainya, tapi bila ada musibah baru ingat itu semua. Hah, tu maknanya Allah

turunkan musibah utk tambahkab ketakwaan dan keimanan manusia tersebut.

Kadang-kala kesengan itu juga merupakan suatu musibah. Bila senang dikhuatiri

akan banyak perkara dosa yg akan buat. Jadi bila senang, beringatlah. Elakkan

kesenangan tu menjadi musibah. Biar kesenagan tu menjadi suatu rahmat. Contoh

kesenagan, dpt rumah yg lagi selesa. Bila rumah selesa tempat solat pn jadi selesa.

Kekhusyukan solat pn boleh ditingkatkan. Sesungguhnya yg baik itu dtg dari Allah,

dan sebaliknya datang dari kita. Setiap musibah berlaku pasti ada rahmatnya.

Allah lebih tahu segala-galanya dari kita..



p/s: Tak jumpa pn bebudak MBSB masa kt masjid semalam..





Thursday, February 14, 2013

Lori


Sejak Jimmy kerja sebagai Production Control di salah sebuah kilang wire

harness kenderaan, banyak perkara yg dia belajar. Salah satunya pasal lori. Ye

kenderaan bertayar 4, kadang-kala boleh jadi smp 10, berbadan besar, berhabuk,

asap hitam dll. Macam2 anggapan org bila cerita pasal lori. Kalau dulu keluar

berita di TV pasal tetapan masa utk lori di atas jln raya, psti Jimmy akan buat tak

tahu. Ye la buat apa nak ambil tahu, bukan ada kene mengena pn. Tapi, lain pula

sekarang ini.


Jimmy perlu ambil tahu dan peka terhadap jadual perjalanan lori, terutama lori besar

di jalan2 raya. Contoh pada Raya Puasa, lori besar tidak dibenarkan berada di jalan

raya pada 2 atau 3 hari sebelum menjelang perayaan tersebut. Dan juga pada 1 atau 2

hari sebelum budak2 sekolah habis cuti. Jadi tugas Jimmy, perlu arrange perjalanan

lori. Perlu pastikan wire mesti sampai pada customer (nak jaga buffer stock customer

supaya tak lebih dan tak kurang), dan juga mengikut tetapan masa perjalanan yg

di keluarkan oleh pihak berkuasa. Suatu tugas yg amat mencabar, kerana sebelum ini

dah biasa dgn jadual yg sedia ada. Tapi bila adanya cuti perayaan, pasti kepala Jimmy

sakit.



p/s: Akan datang ada 3 model baru HONDA. Model Accord(2GA), CRV(2WS)
dan Jazz(2PA). Benda baru, production mesti slow.Tp customer hantar DI tak
teragak2 banyaknya....huhu..challange!!!





Tuesday, February 12, 2013

customer.


Pagi tadi, bapak Riduan tny dia, "Wan, cuti2 ni tak jumpa customer ke?"

Dlm hati Riduan berkata 'cmne nak jumpa, dh seminggu call tak masuk2'

"Aaaa..cuti la abah, jd diorang pn cuti la" kalis Riduan..



p/s: seorang bapak yg prihatin terhadap kerja freelance anak dia.





RM500


Sekarang tgh musim orang collect rm500 dr kerajaaan (BR1M). Bg mereka yg

berpendapatan sederhana sangat menghargai pemberian rm500. Dgn rm500

mcm2 mereka boleh buat. Mana yg road tax kereta dh mati, mereka boleh gunakan

duit ini utk renew. Ye la awal tahunkan, duit mesti dh habis utk kelengkapan anak

sekolah. Nak tunggu duit bonus, mungkin sesetengah company suku tahun pertama

baru bg. Jd sangat lah berguna duit rm500 bg mereka yg memerlukan.


Tapi bg golongan yg berada, golongan yg berkepok, golongan yg walletnya

penuh dgn not 50 dan 100 akan senyum sinis shj. Mereka tak pernah fikir pd

golongan bawah. Kalau golongan bawah ini tak beli product barang mereka,

mereka tak kan kaya. Tak kan merasa not 50 dan seratus tebal dalam wallet.

Jd bertimbang rasa la dan cuba selami perasaan golongan bawahan. Sekali

sekala jenguk2 la golongan seperti itu.


p/s: rezeki yg murah sekelip mata boleh disempitkan. Jd beringat la selalu.
rezeki lebih kongsi2 la, kerana rezeki itu dtg dari pemberi yg sama..






Monday, February 11, 2013

Cuti 4 hari..



Diam tak diam cuti 4 hari dah nak habis. Esok last cuti sebelum Kamal start kerja.

Selama 4 hari cuti Kamal tak keluar mana2 pn. Kalo keluar pn, pergi bandar JB.

Tu pn keluar dgn sedara dia. Pergi Bazar Karat. Cuci mata. Nak keluar dgn bakal

isteri, balik kampung nun jauh di Gong Tok Nasek. Time ni la Kamal berpeluang

keluar dgn org lain selain bakal isteri dia. Kalo tak, bak kata org T'ganu sokmo

menepek. Bukan rimas atau bosan, tp nak juga ada kelainan sekali sekala.


Cuit ni jugak, Kamal sempat jugak check engine kereta. Bersihkan taik2 minyak,

spray clear kt enjin nk bg kilat and nampak baru walaupun kereta lama yg berusia

 lapan  tahun. Kalau cuti biasa memang tak sempat. Sabtu pagi smp tgh hari kemas

rumah. Lps tu keluar jumpa buah hati. Hari Ahad bersihkan kereta (bhgn engine

memang tak sentuh), dan rehat2. Kalau ada jumpa customer, memang tak ada la

waktu rehat.

            Bersih tak? Basuh kt car wash pn belum tentu jd cmni.


Nak pergi bercuti, kenangkan duit poket and duit kawin. Keluar bandar mcm tu je

habis RM50. Duit2, keluar mcm air. 


Jd aktiviti Kamal cuti selama 4 hari hanya keluar bandar dgn sedara dia and cuci2

kereta.




p/s: dpt tahu ada kawan abh nk jual rumah rm60k (tiga bilik) area Kota 
Masai, terus capai kunci kereta nak pergi tengok. Nak jual pn harga Rm60k,
jd ok la dgn saiz rumah tu. Confident level nak beli memang ada. 1st, utk 10%
downpayment dh ada. 2nd dekat dgn tempat kerja bakal wife...






Monday, February 4, 2013

Masa..



Sejak Daud kerja, susah betul nak meluahkan perasaan kt 'buah hatinya'. Nak

bagi jari2 menari atas keybord pn susah. Balik dh pukul 7 atau 8 malam.

Solat semua, makan and baca surat khabar. Memang tak ada masa..huhu..

Monday, January 28, 2013

jiwa kacau.



Bila jiwa kacau, baru ingat sejadah, al-quran, solat2 sunat. Itu lah lumrah manusia

yg beragama Islam. Tapi ada jugak bila dah kene bala, masih tak ingat yg di atas.

Tak tahu antara A atau B. Atau tiba2 pilihan C muncul. Kenangkan market

Z sekarang ni makin menguncup, dgn berduyun-duyun X keluar setiap tahun.

Tanda soal begitu banyak dipihak 'AKU'.


Takut terjadi 'diluah mati bapak, ditelan mati emak' atau 'keluar mulut buaya

masuk mulut singa'.


Ya ALLAH permudahkan urusan hamba mu ini..


p/s:   hanya menangis dlm hati..tiada siapa .......................

Sunday, January 20, 2013

AES...



Semalam, Zack ambil adik dia yg study kt Nilai, N9. First time Zack ambil adk

dia sejak 6 tahun adik dia belajar kt situ. Jd perasaan teruja tu ada. Tp

perasaan tu terarah kepada nak drive kereta. Maklum lah, kereta dh servis.

Terbang jugak 1ooo++ Zack layan kereta dia. Tp tak pe la, duit boleh cari,

tp kepuasan nk cari susah. Lagi pun dh memang time kereta Zack kene

servis, jd servis je la.


Pukul 7.45am Zack dh mula begerak dr JB. Pemanduan di atas highway Pasir

Gudang, biasa2 shj. Maklum la, jlnnya tak rata. Nk bawak laju mst tak sedap.

Bila masuk highway PLUS, Zack dh mula tingkatkan kelajuan. Averaga 150km/h

Zack lenjan enjin Campro 1.6 dia. Kadang2 kalau terasa bosan, jejak juga

meter kereta tu ke angka 170.




p/s:   Dalam hati berdoa, moga kereta Zack tak kene pancaran flash
AES. Kalo kene, terbang jugak la duit gaji+komisyen nk bayar saman tu..








Friday, January 18, 2013

Career 2013



Dah hampir 3 minggu Daud di tempat kerja baru. Setakat ni, alhamdulillah.

Challenge tu mst ada, tp masih boleh adapt lg. Biasa la, nama pn kerja

mesti ada challenge. Dlm pada masa yg sama, hp Daud tak henti2 berbunyi.

Biasa la, org call tny pasal loan. Maklum la, dh tahun baru kn. Mst ada special

pakej utk personal loan.


Siang kerja Production Control, malam pula kerja Marketing Personal Loan.

Smp rumah, duduk berapa minit lps tu keluar jmp customer. Feedback, alhamdulillh,

diam tak diam dh hampir rm500k Daud submit utk personal loan. Boleh la

buat2 duit kawin. Tu je la niat Daud. Org cakap, kalo niat kawin, rezeki murah.




p/s:  Kes dah abis ni. Marketing tak start buat lg...Adoiiii...




Thursday, January 3, 2013

Tempat baru...



Hari ni, genap 5 hari Zul kerja di tempat baru. Kali ini bidang manufacture menjadi

periuk nasi Zul, selepas bidang banking dan retailing. So selama 5 hari, macam2

perkara berlaku. Bermula 1st day, nama Zul dh kene paging cz tak kereta Zul

tak parking secara reverse. 2nd day, follow membe tgk plant kereta Toyota. 3rd

day follow membe tgk plant kereta Honda. Lps tu hari Ahad jmp membe lama di

Jusco Tebrau. Tak pasal2 kene drg talk budak Hai-O. So worse. Biasa la MLM.

Seboleh-boleh paksa Zul masuk MLM diorang, tp kene byr rm20k. Lps tu bg la

10 corset utk jual. Huh...Baik Zul jual personal loan. Modal air liur je. Kalau ada

pn, modal belanja customer air. 4th day, follow membe belajar pasal service part,

buat C.O , call production Merlong utk stand by spare part Perodua. Juga bermula

la 1st training. Juga dpt call ada customer Zul dh disburse RM53k. Dpt la komisyen

RM530. Then after kerja jmp Shahrul bg case RM145k nk hantar pd agen. 5th day,

training di Inventory dept and PE dept. Juga dpt call hujung bln ni komisyen masuk

utk case dulu RM250k. Dpt la komisyen RM3k. Rezeki.....Alhamdulillah. Dahi tu

jgn lupa nk sujud kt sejadah...



p/s:   Macam2 perkara boleh berlaku. Yg penting syukur....