Saturday, November 24, 2012

Saya sebiji...



Apa yg boleh dibuat dengan sebiji atau sebuah laptop...



1) Utk budak yg baru lahir a.k.a bayi (bermula umur 1 hari), ibu bapa mereka

akan mengalunkan bacaan al-quran kepada anak mereka.


2) Budak berumur 3 tahun hingga 6 tahun. Mereka akan menggunakan laptop

utk belajar. Belajar sambil bermain. Ibu bapa akan meng-install-kan education

game ke dlm laptop seperti game ABC.


3) Umur 7 tahun hingga 12 tahun. Dah berada di alam sekolah rendah. Internet

pun dah tahu. Guna laptop untuk belajar Science, Math, BM, BI. Kalo bosan,

ber-facebook, ber- you tube la.


4) Umur 13 tahun sampai 17 tahun. Zaman sekolah menengah. Zaman peralihan.

Zaman cinta monyet. Menggunakan laptop untuk tujuan pembelajaran. Cari

kenalan di laman sembang. Tujuan pertama adalah untuk bertukar-tukar kertas

soalan PMR, SPM. Juga salah satu cara bermulanya bait-bait cinta monyet.


5) Umur 18 tahun hingga 24 tahun. Zaman sudah habis sekolah, sudah habis

beruniform putih dan biru laut. Zaman ini menggunakan laptop untuk cari kerja.

Ye la dah abis SPM kan. Mana yg keputusan SPM baik, mula la survey IPTA,

IPTS yg elok utk sambung pengajian peringkat Sijil, Diploma, Matrikulasi. Dan

masa itu jugak kaunter Bank BSN sesak dgn budak-budak nak beli nombor pin.

Dan keseskan berlanjutan ke laman sesawang KPT. Ye la budak-budak ramai

on-line sampai system internet KPT hang. Mana yg bergelar student, nak siapkan

segala jenis assigment pn perlu sebiji laptop. Ye la cari maklumat pada en Google,

copy paste dlm word, esok print hantar pada lecturer.Kantoi buat semula. Sampai

due date tak hantar, carry mark utk assigment tu telur ayam. Then boleh lah plan

next sem repeat paper sama.


6) Umur 24 tahun dan seterusnya. Hah masa ini ramai yg dah habis belajar. Dapat

degree with hons. Mak bapak pn bangga. Masa umur ini, ramai guna untuk cari

pekerjaan dan tak kurang juga untuk cari universiti nak sambung Master. Mula lah

masing-masing update resume, cover letter tak kurang juga sijil-sijil aktiviti di-scan

dan email ke company yg menawarkan pekerjaan yg sesuai dgn bidang masing-

masing. Mana yg kerja melibatkan 100% penggunaan laptop seperti kerja auto-card,

run data, etc memang penting lah sebiji laptop, lagi penting dari awek atau pakwe.

Tapi yg kerja melibatkan separuh penggunaan laptop seperti kerja marketing yg perlu

update isu semasa, puchasing, planner yg juga perlu tahu maklumat supplier, perlu

juga sebiji laptop.


7) Umur 55 tahun dan ke atas. Kembali ke zaman bayi. Bukak bacaan al quran. Ye

la dah tahu umur makin singkat, kubur kata mari, rumah kata pergi. Nak tambah

pahala kan. Amalan seharian tak cukup, itu pn belum tentu sempurna dan diterima

tuhan.




P/S:    Hidup ibarat bumi yg berputar. Walau mana kita pusing, kita akan kembali
ke tempat asalnya. Dari tanah, dijadikan bayi, budak, remaja, dewasa, tua dan
kembali ke tanah semula. (Penulis sedang menunggu on-line movie habis buffer.)






No comments: