Saturday, November 24, 2012

Kali ke-9





Jam di tangan menunjukkan ke angka 5. Suasana masih gelap. Tp Zack dan

keluarganya sudah bangun. Pagi ini, mereka akan menempuh perjalanan yg

panjang sejauh 600km. Perjalanan Johor Bahru-Kuala Terengganu. Usai 

solat Subuh, kereta mula bergerak. Zack yg memandu terlebih dahulu, ayah

dia duduk sebelah. Kenderaan tak banyak, maklum lah baru jam 6 pagi. 

Masih ramai lagi warga bandar sedang diselubungi selimut. Zack memandu

pada kelajuan biasa. Seperti perancangan seminggu sebelumnya, perjalanan

ke Kuala Terengganu akn mengikut 'jalan pantai' iaitu Johor Bahru-Mersing-

Kuantan-Kuala Terengganu. Jalan yg biasa Zack lalui sepanjang pengajian tiga 

tahun di UMT. Terasa kali ini perjalan Kota Tinggi-Mersing agak jauh. Maklum

lah, dah lama Zack tak lalu jalan tersebut, sejak Zack tamat pengajian. Jalan yg 

mempunyai banyak selekoh kiri dan kanan, Zack hanya menekan pedal pd

kelajuan sekitar 70-80km/j. Kalau dahulu, selekoh tu la menjadi kesukaan Zack,

Zack akan memulas throtle moto sehingga 100km/j. 


1st stage, Johor Bahru-Kuantan mengambil masa 4jam setengah. Sampai di 

Kuantan, pemanduan diteruskan oleh ayah Zack, turn Zack utk tidur. Kali ini

perjalanan diteruskan ke Paka. Sampai di Paka, mereka berhenti sebentar

utk solat Jumaat. Selesai solat dan makan tengah hari, perjalanan diteruskan 

semula ke stage terakhir, iaitu Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu 

sekitar jam 4 ptg. Mereka terus ke bus stop sekolah yg berhampiran (lupa nama

sekolah) Pantai Teluk Ketapang, utk berjumpa Pak Mat. Pak Mat adalah owner 

homestay yg family Zack akan sewa selama tiga malam. Selepas kunci homestay

bertukar tangan, mareka terus menuju homestay yg terletak berhampiran jeti 

utk ke bandar Kuala Terengganu. Sampai di homestay, Zack keluar semula utk

membeli juadah makan malam, tak kan jalan jauh-jauh still nk suruh mak masak.

Macam tak patutu jugak, walhal homestay tu dh disediakan gas dan dapur gas.


Jam 8 mlm, usai solat Maghrib, Zack keluar. Nk jalan-jalan kt Pesta Konvo

UMT. Family Zack tak follow, kepenatan menempuh perjalanan hampir 600km

jaraknya. Malam itu, Zack dgn kawan-kawan sekuliahnya ronda-ronda di Tapak

Konvo. Masing-masing bertukar cerita. Cerita pasal kerjaya, konvo utk esok,

dan yg mana mulut lancang sikit, tny gaji berapa (benda yg paling Zack hanggggin)

tak ketinggalan jugak cerita pasal kahwin. Jenggg..jengggg..jenggg..haha..

Maklum lah masing-masing dh besar, ada pasangan sendiri. Jd tunggu je lah siapa

dulu yg bg kad undangan. Lepas berborak panjang dgn kawan sekuliah, Zack

balik. Tp bukan balik terus ke homestay, tapi Zack menyimpang ke tempat lain.

Dan tempat tersebut adalah , New Cafe (panggilan bebudak u) utk cafe asrama.

Menunggu seseorang. Dari jauh kelihatan seorang wanita (teman 'mengadu' masalah)

Zack muncul. Berbunga lah kembali hati Zack. Maklum lah dh hampir empat bulan

tak bertemu. Kerana masing-masing berhaluan sendiri utk sementara waktu, Zack

kt JB, manakala wanita tersebut kt KT meneruskan pengajiannya berbaki satu

tahun. Dan mlm itu, Zack dan wanita tersebut berborak panjang, bertukar cerita.

Cerita empat bulan tidak bertemu. Banyak perkara yg diceritakan.


Keesokan paginya, mcm biasa Zack akan keluar utk cari breakfast keluarganya.

Tapi pagi tu, pagi yg lain. Bukan kerana suasana tempat (di Terengganu) tapi

ahli keluarga yg memenuhi meja makan turut bertambah. Pagi itu, Zack pertama

kalinya menunjukkan teman 'mengadu' masalahnya pada family. Respon yg sangat

baik. Lps sarapan, kami pergi mambeli belah kt Pasar Payang. Org cakap kalau

nk ber-shopping kt Pasar Payang, perlu bawak org cini jugak. Utk tawar menawar

hingga harga gila. Pagi itu, family Zack hanya membeli barang-barang makanan yg

tiada di JB seperti Keropok Lekor, Serunding Daging, etc. Habis barang makanan

Pasar Payang diborong oleh mak dan ayah Zack, mereka kembali semula ke

homestay utk persiapan Konvo Zack. Sangat bermakna buat Zack, konvo dia

ditemanai teman 'mengadu' masalahnya. Mengikut tentatif majlis, perarakan konvo

bermula jam 2.30pm. Siap semua, mereka terus bergegas ke UMT. Biasa la, bila

masing-masing dah mengenakan jubah, bermula aktiviti pancaran lensa, maklum la

jubah yg terakhir (bg student yg tak nak sambung Master). Ada yg dgn kawan-kawan,

keluarga. Mana yg dah ada buah hati, bergambarlah dgn buah hati masing-masing.


Tepat jam 2.30 perarakan masuk oleh pelajar. Lengkap berpakaian kemas dan cantik.

Mana yg wanita berbaju kurung bertudung dan jejaka pula berkemeja beserta tai,

lengakap dgn jubah konvo dan mortaboard masing-masing. Usai majlis, ada yg

sambung ber-flash-an, ada yg buat hal masing-masing dgn family. Zack pulak, terus ke

HEPA utk sesi pembayaran gambar konvo. Lapas tu Zack kembali semula ke DSM

pulangkan semula jubah konvo dan ambil transkrip Ijazah. Agak tergesa-gesa sampai

ditegur oleh si-teman 'mengadu' masalah. Mana tak nya semua perkara yg berkaitan

universiti perlu diselesaikan hari ini juagak kerana esok pagi, family Zack dh kenbali

ke JB semula.


Malam itu, malam terakhir Zack di bumi Terengganu. Entah bila Zack berpeluang ke

sini semula. Malam itu jugak, Zack membawa familynya berjalan-jalan sekitar

Kuala Terengganu. Pergi ke Arked, Dataran Shahbandar, Dataran Pulau Kambing,

Pantai Batu Buruk etc dan destinasi last adalah Mydin Kuala Terengganu (Mydin

paling besar di Malaysia) utk beli barang makanan utk perjalan jauh esok pagi.

Siap semua, mereka kembali ke homestay dan Zack menghantar teman 'mengadu'

masalah ke hostel UMT semula. Agak sedih 'mereka berdua'. Lepas ni tak tahu

lagi bila akan jumpa.


Keesokan paginya, family Zack bertolak ke JB.....




P/S:      Begitu lah cerita konvokasyen. Setiap tahun para graduan dilahirkan dengan
jalan cerita yg berbeza. Ada cerita Engineer, Doktor, Ahli Kimia dan macam-macam.
Itu lah cerita konvo Zack. Cerita yg ringkas tapi bermakna. Cerita Majlis
Konvokasyen UMT kali ke-9...UMT CITRA WARISAN.






No comments: